Full Width CSS

#Hudud Tak Jadi, MB #Kelantan Bakal Letak Jawatan? #1Malaysia @NajibRazak


Tiba-tiba PAS tarik handbrake semasa sedang dalam kelajuan di gear 5. Habis tunggang langgang jadinya. Bersepah-sepah ahli PAS berterabur akibat tindakan si 'pemandu' nya yang membuat suprise.

Tak kurang juga ada kalangan ahli yang terus melarikan diri mengelak daripada disoal siasat berhubung punca tarik handbrake tersebut.

Itu adalah secebis contoh bodoh yang cuba saya gambarkan terhadap parti ISLAM LAH SANGAT berjuang atas nama agama. Masakan tidak contoh bodoh ini boleh terpacul keluar di sini, ia tak lain dan tidak bukan kerana bahana PAS yang tiba-tiba membuat keputusan untuk tidak meneruskan pembentangan pelaksanaan Hudud di Kelantan.

Akibatnya kini Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakubterpaksa menerima 'bala' nya apabila janji beliau untuk mengHUDUDkan Kelantan bakal tidak kesampaian.

Saya simpati dengan nasib beliau yang bakal terpaksa menggadaikan posisi Menteri Besar hanya kerana pimpinan PAS tidak mempunyai rancangan sebenar untuk melaksanakan Hudud.

Ini bermakna, PAS hanya menggunakan hukum Allah semata-mata untuk mendapatkan mandat rakyat bagi memenuhi nafsu serakah politik mereka sahaja.

Keterbukaan beliau yang pada mulanya dilihat umpama hero tapi akhirnya bakal membawa telah menampakkan bibit-bibit kepadahan kepada diri sendiri. Mungkin ada di kalangan mereka yang rapat dengan Menteri Besar mahukan perkara ini menjadi realiti. Mungkin juga ada sesuatu yang tidak kelihatan di mata rakyat di situ.

Mungkin terdapat juga agenda politik dalaman antara mereka. Mungkinlah kan tapi itu yang dikongsikan bersama oleh seorang sahabat dari dalam PAS pusat sendiri

Walaubagaimanapun sehingga ke hari ini kepimpinan PAS masih lagi diam membisu mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan.

Apakah akan diteruskan atau didiamkan bagi meredakan keadaan sementara.

Post a Comment

0 Comments