Thursday, May 8, 2014

Ruang Kaum Pada Borang Rasmi Hanya Angan² Joseph Entulu #1Malaysia @mpkotabelud @NajibRazak


Lewat petang semalam kecoh ruang alam maya Malaysia apabila terdapat satu kenyataan yang disebarkan melalui pelbagai media siber mengenai tindakan kerajaan Malaysia yang 'bersetuju' menggugurkan ruangan kaum pada borang rasmi kerajaan.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Joseph Entulu Belaun yang mengatakan Kabinet telah bersetuju.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut bukanlah keputusan rasmi daripada kerajaan Persekutuan kerana perbincangan mengenai hal tersebut memang ada tetapi ianya tidak diputuskan secara bertulis dalam mesyuarat jemaah Menteri. Ianya hanyalah perbincangan secara lisan dan keputusan mengenai perkara tersebut masih lagi unknown

Lihat di bawah tweet balas daripada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan apabila diminta untuk mengesahkannya.


"Kabinet tidak membuat keputusan untuk menggugurkan ruangan identiti kaum seperti di dalam semua borang jabatan kerajaan. Kecuali hanya pada borang² yang tidak berkaitan" 

Mungkin ini sedikit penjelasan yang boleh melegakan hati semua pihak terutama ahli² UMNO yang begitu terusik dengan kenyataan Menteri tidak bertanggungjawab tersebut. Bukan saja mereka, jika perkara ini benar² berlaku, saya sendiri tidak bersetuju dan akan membantah perkara ini.

Secara peribadi, saya ingin menasihatkan para pemimpin yang bergelar Menteri. Janganlah mudah untuk menggugurkan mahupun menggadaikan apa yang diperjuangkan UMNO selama ini. Jika ada perkara yang ingin diubahsuai untuk penambahbaikan, rujuklah dulu dengan rakyat yang bergelar pengundi ini. Jangan buat perkara yang boleh mendatangkan amarah rakyat (Melayu) kepada kerajaan terutamanya.

Fikir²kanlah PRU 14.

7 comments:

  1. Setuju dengan Admin blog.

    ReplyDelete
  2. Per:AgamaEtnikKaum dlm borang tertentu memang bermanfaat utk pelbagai kegunaan Jangan ingat negatif saperti Dap ( yg lagak tak rasis tapi mereka lebih rasis & melampau ). Fakta berguna nanti utk analisis yg membantu urus tadbir dll. Tanpa fakta itu amat butalah urus tadbir nanti. Melihat gelagat puak anti UmnoBNKerajaanIslam ini amat jelas mereka bukan nak memperbaki tapi lebih utk merosak mempersenda apa sja drp UmnoBNKerajaanIslam. Sikap kita pun jangan ambil endah sangat. Jika perlu jwp pun jenis sindiran lawak lagi baik. Tentang kontrovasi dibawa hasil bualan dng NaibKetPemudaUmno Azwan tu saya lihat dia tak kata tak perlu bangsa pun cuma dia bayangkan fakta bangsa tu bukan sekadar utk satu kaum umpama Melayu monopoli tapi lebih utk analisa statistik perancangan dll. Juga kenyataan Timb Menteri Jpm Joseph tu pun mungkin dia tersalah faham tersalah kenyataan, maklumlah dia baru. Dlm ke2 hal drp org2 kita tu janganlah tersalah bertindak mengerohkan sesama sendiri - musuh tepuk tangan. Kita semua perlu berhikmah, bijak, strategik. Sekian dulu

    ReplyDelete
  3. "Yr commen will be visible after approval" Apa yg nak kontrol nak tskut komen org siapa sja. Lebih efektif terbuka cuma "You are responsible for yr comment . We may delete undesirable comments". Skian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Admin dah tidur sbb tu tak approve.

      Delete
  4. #AgamaEtnikKaum dlm borang tertentu mesti diteruskan. Kita lihat sikap Dap Pkr Pas Bersih hatta Ngo Peguam dll yg bersekutu lebih utk menenta g apa sja drp UmnoBNKerajaanIslam (Ubki). Memang mereka amat forbia Ubki ini. Jangan harap mereka bersetuju apa2 yg baik drp Ubki sebab tujuan mereka nak gagalkan Ubki & menjatuh menjahanamkannya. Jika yg kurang baik atau kesilapan Ubki lagi mereka jaja. Tapi kita diUbki ni macam dungu kadang2 tak2 faham2 musuh2 yg amat jelas tu. Umpama Hudud Pas? Kiraan saya Pemimpin & penyokong Pas dah 8 kali Kafir kembali kpd mereka atau menimpa mereka angkara kata2 & tindakan mereka. Sebab itu saya nasihat beri amaran> Utk Islam cukup sja Umno, Perkasa & Muslim Ngo & individu yg lain drp puak Pas Pkr Dap & kuncu2 mereka nama sja Islam tapi permain Islam? Kita erat perpaduan kerjasama sesama kita utk memahami, menghayati Islam yg betul> perkara2 mudah saperti tugup aurat mesti dismal. Jangan 99% ahli yg amal pe.impin2 buat tak kisah. Ini meresahkan org2 yg nak ikut kita. Jika tutup aurat dng sempurna tak sanggup janganlah memimpin lagi, buat kerja lain. Org kita pimpin organisasi institusi Islam tapi Keluarga tak tufup aurat dng elok atau langsung tak tutup aurat. Antara tanda Islam> Pakaian, Kata2, Tindakan, Pergaulan, Gaya Fikir dll. Kini Syariat Islam dah mula gah hatta sedunia>Kewangan, Takaful,Produk Halal. Perbankan. Kita yg berkuasa perlu jaga urus tadbir Islam sebaiknya serta integriti setiap anggota & institusi. Hentikan nikah lari saperti keThailand> Islam itu Fekah Tauhid Tsauf. Jadi nikah lari rosak Tauhid Tsauf cacat Fekah mana boleh dibiar malah diendose d g bayar denda. Isu2 berbangkit drp mahkamah Syariah>Gantung tak bertali, Nafkah tak diselesaikan, ramai teraniaya pada hal Nabi MuhdSaw bawa Islam utk Keadilan. Kes salah guna Masjid Surau Majlis Agama utk politik puak sesama Islam, Utk Niaga dll yg dilarang Allah terus berjalan mungkin itu hal kawan? Kes umat Islam dlm industri Judi Maksiat Ceti Haram mesti dihentikan tak kira kedudukan. Dlm keadaan sekarang Hudud Kerajaan Msia pun belum berzedia jangankan Hudud Pas yg dah jauh menyeleweng & tiada kredibiliti lagi. Kita cuma kawan biasa dng MelayuMuslim yg kuat Pas Pkr Dap. Jangan bersama dlm perjuangan Islam & politik dsb. Jangan kita seolah2 restu segala dosa2 besar mereka. Nanti diDun & Parlimen. ila Pas bentang utk Hudud dll UmnoBn patut berkecuali sja. Kita sokong dosa besar ksit redza dosa2 mereka. Kita bantah mereka kata anti Islam. Jalan baik Berkecuali tak mahu terpali. Itulah jawapan yg layak. Mereka dengar dah malu akan siapa mereka. Sekian dulu. Mohon maaf jika saya terlebih tersilap.





    ReplyDelete
  5. Saya dah hantar 3 komen. Satu pun belum keluar. Itulah pandangan saya jika nak org respon perlu lebih terbuka & letak cara kawalan yg lebih dinamik. Nanti org pun menyampah- masa tenaga terbuang begitu saja. Sekarang 4pagi saya berjuang sendiri demi AllahSwt Islam Nabi.uhdSaw Umat Islam & Insan & Jin yg mahu cari jalan kembali kpd Allah & bersedia sebanyak2 amal soleh dng Ilmu Iman Hikmah. Sekian

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...