Tuesday, May 13, 2014

Rumah Bos DHerbs Terlajak Laris Dirompak Pembantu Rumah #1Malaysia


Pengasas rangkaian produk kosmetik D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 25, kerugian ribuan ringgit apabila wang tunai dan barangan kemas miliknya dan isteri dilarikan oleh dua pembantu rumah mereka dalam kejadian di kediamannya di Seksyen 10, Kota Damansara di sini hari ini.
Kejadian itu hanya disedari kira-kira pukul 12 tengah hari ketika beliau pulang ke rumahnya untuk makan tengah hari.

“Sebaik tiba di rumah, saya memanggil mereka (pembantu rumah), namun tiada jawapan. Kerana rasa tidak sedap hati, saya terus meluru masuk ke dalam bilik mereka dan mendapati semua barangan telah tiada," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Aliff tidak menyangka kejadian seumpama ini berlaku, kerana sebelum ini beliau memberikan sepenuh kepercayaan kepada pembantu rumahnya.

“Saya selalu tiada di rumah kerana urusan kerja di luar negara, justeru itu saya memberi kepercayaan kepada mereka bagi menjaga rumah kami kerana sebelum ini tiada perkara yang tidak diingini berlaku," katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara, di sini petang ini.

Ahli perniagaan itu turut menasihatkan mana-mana ejen pembantu rumah supaya berhati-hati ketika mengambil pembantu rumah warga asing sebelum menyerahkannya kepada majikan.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...