Full Width CSS

#Terengganu : Kenapa Ku Nan Harus Dipersalahkan #1Malaysia @NajibRazak @tengkuadnanreal @rizalmanmokhtar

Merujuk kenyataan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, saudara Mohamad Azli Mohemed Saad dalam Utusan Malaysia hari ini (14 Mei 2014) yang menggesa YBM Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor meletakkan jawatan atas alasan kegagalan menguruskan kontroversi peralihan teraju kepimpinan negeri Terengganu.


Saya berpendapat, kenyataan peribadi yang dibuat saudara Mohamad Azli berkaitan perkara tersebut tidak membantu langsung untuk memulihkan keadaan dan imej UMNO terutama dalam semangat UMNO baru meraikan ulang tahun ke 68.

Sebagai pemimpin parti seharusnya beliau lebih memahami kepentingan untuk setia kepada parti berbanding mempertahankan pemimpin secara peribadi. Kita di peringkat bawahan mungkin tidak mengetahui realiti yang sebenar yang berlaku. Amat tidak wajar beliau terus menjatuhkan hukuman pada Datuk Seri Setiausaha Agung yang saya percaya telah menggunakan semua kaedah yang ada untuk melaksanakan proses peralihan kuasa supaya berjalan dengan lancar dan tidak merosakkan mahupun menyusahkan parti.

Saya tidak fikir isu untuk mengadakan majlis perkahwinan anak Dato' Seri Ahmad Said harus dijadikan perkara pokok yang mana kita lihat sekarang ini ianya menjadi bahan perbualan dan pendebatan sehingga kita terlupa perkara asas yang utama iaitu terdapat perjanjian telah dibuat seawal tahun lepas dengan Ahmad Said untuk memegang jawatan tersebut selama setahun sebaik sahaja keputusan Pilihanraya ke 13 diperolehi.

Sepatutnya beban kesalahan diletakkan kepada mantan Menteri Besar ini yang secara jelas tidak menghargai UMNO dan mengkhianati semangat perjuangan parti keramat ini yang telah meletakkan beliau ke satu tahap yang tinggi sebagai Menteri Besar Terengganu.

Seharusnya juga, Dato' Seri Ahmad Said meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi dan menjadi contoh kepada generasi baru serta ahli-ahli UMNO di peringkat bawahan yang selama ini bekerja untuk parti tanpa mengharap sebarang balasan keistimewaan seperti mana yang beliau pernah kecapi sebelum ini.

Jika sebelum ini, beliau sentiasa menyeru serta melaungkan pada ahli UMNO supaya menghormati keputusan parti dan kepimpinan parti. Saya kira sudah tiba masanya beliau sendiri menunjukkan contoh dan tauladan dengan mempraktikkan apa yang diungkapkan agar akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti dan menerima secara terbuka pemimpin baru yang telah dilantik.

DATUK RIZALMAN BIN DATO' MOKHTAR
Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak

Post a Comment

3 Comments

  1. Mengapa Ku Nan tidak minta dipanggil dan mengadakan Mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri yg melibatkan semua Ketua Bahagian dan ADUN dari UMNO sebelum "pemecatan" DS Ahmad Said dilakukan? Ketua Bahagian UMNO Marang sendiri melahirkan kekesalan berkaitan perkara ini .....nasihat dan pandangan Ketua Bahagian UMNO dan ADUN UMNO langsung tak di minta. Bukankah ini satu langkah yg tidak bijak? Jika perkara yg serupa berlaku di Wilayah Persekutuan dan orang ramai bertanya kepada Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak, apakah tidak malu dan janggal jika Datuk Rizalman menjawab " saya tak tahu ". Ini memberi gambaran yg Ketua Bahagian UMNO sebenarnya tidak ada nilai tinggi di mata Presiden UMNO. Itu hakikat. Mendengar komen yg Ku Nan dan Raof berikan pun sudah boleh membuat rakyat Terengganu rasa terguris.

    Sehingga kini tidak ada penjelasan dari Presiden mengapa DS Ahmad Said mahu digantikan selepas PRU13 sedangkan alasan dan punca beliau mahu digantikan boleh dijadikan sandaran dan tauladan kepada pemimpin yang lain dimana Presiden mesti menggunakan "kayu ukuran standard" dalam "memecat" DS Ahmad Said meskipun itu adalah "hak budibicara" Presiden. Kenapa tidak mahu telus dan terbuka dalam isu DS Ahmad Said ini? Jika prestasi jadi ukuran, bagaimana prestasi Presiden sendiri?? Inilah yang bermain dalam benar rakyat teramai yang membuktikan bahawa Presiden UMNO tidak "walk the talk" apatah lagi dalam PRU13 lalu, Presiden sendiri meletakkan calon-calon yang bukan "winnable candidate". Kini khabarnya DS Ahmad Said telah kembali kepangkuan UMNO ...bukankah itu satu jiwa besar?? Bagaiman dengan Presiden UMNO sendiri????

    ReplyDelete
  2. lepas ini tuan presiden, sua, elitis2 umno kena belajar. jangan sombong, bongkak dan bodoh dalam melakukan tindakan. fikir, fikir dan fikir. jangan mulut lebih laju dari otak. tempat2 yg kritikal kena lebihkan penggunaan otak. ada pelajaran baru walaupun skrip lama diulang tayang.

    ReplyDelete
  3. Aku rasa mgkin ada perkara yg tak dikongsikan bsama dgn rakyat. Mgkin tak boleh kongsi.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..