Wednesday, May 14, 2014

#Terengganu : Ramalan Ahli Nujum Tidak Tepat Langsung #1Malaysia


Semalam merupakan hari yang paling kecoh dan kronik bagi kalangan penggiat media sosial & juga ahli-ahli UMNO seluruh negara terutama di Terengganu.

Ada sesetengah pendapat mengecam tindakan Pejabat Perdana Menteri yang kononnya mengeluarkan arahan kepada Menteri Besar Terengganu untuk melepaskan jawatan tersebut walhal perkara yang sebenarnya notis 1 tahun telah diberikan kepada Ahmad Said untuk berbuat demikian.

Tidak kurang juga ada pendapat yang mengkritik tindakan bekas Menteri Besar ini yang tidak profesional. Beliau dikatakan kecewa dan meninggalkan parti UMNO disebabkan keputusan kepimpinan parti yang mahukan beliau meletakkan jawatan pada tarikh tersebut (dijanjikan) menjelang majlis resepsi perkahwinan anakanda nya di kediaman miliknya.


Antara kesetiaan dalam parti dan keutamaan keluarga sememangnya merupakan perkara utama yang menjadi penghalang kepada seseorang yang bergelar wakil rakyat. Bahkan Perdana Menteri sendiri pun tidak terlepas daripada perkara ini. Tapi inilah hakikatnya, jika tidak mampu berikan khidmat untuk rakyat, better jangan terima tawaran kerna tiada siapa paksa untuk berbuat demikian.

Ramai ahli UMNO juga yang kecewa apabila perkara ini terus menjadi sensasi. Ada yang kecewa cara kepimpinan parti membuat keputusan yang dikatakan terburu-buru. Ada pula kecewa dengan keputusan Ahmad Said yang merosakkan kepercayaan pengundinya dengan memilih untuk menjadi wakil rakyat bebas.

Tidak kurang juga ada pihak yang cuba menjadi ahli nujum apabila membuat pelbagai posting di dalam WhatsApp group serta di laman sosial kononnya Terengganu bakal menghadapi ketidakstabilan politik apabila PAS dilihat mempunyai lebih kerusi DUN berbanding UMNO yang sedia kala memerintah.


Lebih menariknya lagi, menurut ahli-ahli nujum kononnya Terengganu bakal menghadapi satu pilihanraya negeri khas setelah Menteri Besar yang baru mendapat perkenan Sultan untuk membubarkan DUN.

Namun lebih malangnya lagi, apabila cerita-cerita ini disebarkan dengan permulaan ayat berbunyi sebegini :

1. Kawan dari Jertih beritahu....
2. Sedara di Ajil share cerita....
3. Pemuda UMNO di Bukit Besi.....
4. Ada Polis di Rantau Abang...

Weihhh zaman sekarang ni takda dah maklumat bersumberkan lokasi pemberitahu berita. Cuba agak-agak skit, si pemberitahu / penyebar berita ni orang yang sentiasa duduk rapat dengan Menteri Besar baru ker ataupun seorang yang duduk di Istana Terengganu yang memantau setiap perkara di sana?

Tapi yang pelik dan haru nya banyak perkara yang diramalkan tidak menjadi kenyataan bahkan hanya membuatkan ahli-ahli UMNO bertambah bingung dengan kebanjiran maklumat serta info yang tidak benar.

Pengakhirannya, berita sahih yang kita perolehi?

1. Speaker DUN nafikan berlaku pembubaran DUN.
2. 2 orang ADUN yang melompat parti, kembali bersama BN dan hanya Ahmad Said saja kekal sebagai ADUN Bebas.
3. PAS kembali stress setelah lebih 10 jam mereka tersenyum dan 'redha' kononnya Terengganu akan kembali kepada mereka.
4. Dan semua ramalan tidak benar.
5. Rakyat gempar apabila nyaris-nyaris akan diadakan Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh & DUN Kajang apabila suami isteri tersebut dikatakan kemalangan jalanraya.

Saya tinggalkan Pembaca semua dengan satu persoalan misteri yang menghantui rakyat Malaysia ;


Saya pilih E jawapannya.

7 comments:

  1. Aku pilih E jugak Bro!!

    Benggali Setan dah mampos!!

    ReplyDelete
  2. Aku pilih B, umur Nuar masih panjang.Agar dia dpt bertubat.

    ReplyDelete
  3. komen yg menarik bro.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...