Full Width CSS

UPP Sangkal Khabar Angin Kanak-Kanak Diculik & Diambil Organ #1Malaysia

Gambar Hiasan

Hati-hati dengan mesej-mesej prihatin tapi khabar angin yang bertebaran di dalam ruangan pesanan WhatsApp semalam dan masih lagi dikesan hari ini.

Mesej tersebut mendakwa ada berlaku tangkapan kepada kes-kes culik kanak-kanak dan dibawa dengan lori ayam ke sempadan utara negara.

Lihat di bawah :

Dari kawan saya... Salam semua.....utk peringatan......hr ni,,,kuasa tuhan telah tunjuk pada saya.....pengajaran bt kwn-2....anak kwn saya hilang dh 1 mggu......dan ptg td telah jumpa di bukit kayu hitam.....upp telah menahan 1 lori ayam.....didlm lori itu ada 6 org kanak-2.....3 org masih belum blh berckp.....jadi.....tolong la jaga ank-2 kita.....ok.. Ini dr kawan baik saya. Budak tu semalam jumpa...depa nak seludup masuk siam ambil organ..semua bebudak tu kena bius dan disorok tengah2 lori Pemandu cina..tokey lori tu cina! 🚛🚛🚛🚛🚛 berkongsi mklmt yg difowardkan oleh seorng kwn demi mnjga kslmtan ank2 kita.

Dakwaan di atas ternyata tidak benar apabila UPP tampil memberikan kenyataan berhubung penyebaran khabar angin tersebut.

PETALING JAYA: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah menafikan dakwaan telah membuat tangkapan berkenaan penyeludupan kanak-kanak ke Thailand seperti yang disebar melalui aplikasi Whatsapp.

Komandernya, Abd Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya sehingga kini tidak pernah membuat tangkapan terhadap lori ayam yang membawa kanak-kanak untuk diseludup organ di negara jiran itu.

"Khabar angin mendakwa enam kanak-kanak telah diselamatkan di Bukit Kayu Hitam, Kedah ketika hendak diseludup ke Thailand untuk diambil organ adalah tidak benar.

"Malah untuk pengetahuan, peniaga dari negara ini tidak mengeksport ayam ke Thailand sebaliknya Malaysia yang mengimport haiwan ternakan  itu ke sini.

"Oleh itu terbukti bahawa dakwaan itu tidak munasabah dan hanya menakutkan orang ramai," katanya.

Khabar angin yang disebarkan menerusi Whatsapp mendakwa UPP telah menahan sebuah lori membawa ayam eksport ke Thailand dan menemui enam kanak-kanak yang diculik dalam keadaan separuh sedar di Bukit Kayu Hitam.

Kanak-kanak yang masih belum tahu bercakap itu dikatakan akan dibawa ke negara jiran untuk diambil organ.

Abd Latif memberitahu, orang ramai diminta tidak mempercayai khabar angin itu serta berhenti menyebarkannya.

"Ia bukan fakta benar yang membawa kebaikkan sebaliknya sekadar khabar angin," ujarnya.

Sumber : MStar

Mohon sebarkan untuk kebaikan dan untuk lebih berwaspada.

Post a Comment

2 Comments

  1. betulkah malaysia masih selamat untuk kanak kanak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak!!
      Masih banyak lagi kes penculikan yang berlaku malah kawasan kejiranan yang padat pon ada berlaku penculikan

      Delete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..