Full Width CSS

#DBKL Umum Kadar Cukai Pintu 24 Jun Ini @TengkuAdnanReal


Kadar baharu cukai pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dijangka diiumumkan kepada penyewa dan pemilik hartanah di ibu negara pada 24 Jun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan DBKL, Datuk Normah Malik berkata, pengumuman mengenai kadar itu akan dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu majlis di Bangsar.
"Apa yang boleh dikatakan, kadar baharu itu tidak akan membebankan rakyat," katanya selepas taklimat khas kepada editor-editor media mengenai isu cukai pintu di Menara DBKL di sini, hari ini.

Kadar baharu cukai itu yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Januari lalu ditangguhkan selepas mendapat bantahan daripada pemilik hartanah di Kuala Lumpur.

Penangguhan dibuat untuk sesi bantahan dan pendengaran oleh panel­ DBKL pada awal Januari sehingga 31 Mac lalu.

Sebelum ini, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, sebanyak 166,000 bantahan dikemukakan pemilik hartanah di sekitar ibu kota berhubung cadangan kenaikan kadar cukai itu.

Katanya, bantahan itu diterima dalam pelbagai bentuk termasuk melalui surat, faks dan daripada beberapa ahli Parlimen.

Sumber : UMNO WP

Post a Comment

0 Comments