Full Width CSS

Gambar Makhluk Berjubah Putih Edisi Kantoi Macam Dr. Asri #SalamRamadhan


Saya yakin ramai Pembaca telah mendapat kiriman gambar ini daripada kenalan, ahli keluarga melalui perkongsian WhatsApp yang serba mudah hari ini digunakan.

Tak dinafikan, saya juga turut menerima kiriman gambar ini lewat petang 2 minggu lalu ketika dalam perjalanan pulang dari kerja.

Turut disertakan bersama kenyataan pendek yanh menyokong gambar di atas. Ayatnya cukup meyakinkan ditulis dan disebarkan oleh individu tak bertanggungjawab.

Gambar yg diambil oleh kakitangan TM sewaktu selepas membuat pemeriksaan keatas pencawang TM waktu petang di puncak gunung jerai kedah...pd hari Ahad baru ini (22.06.2014)

Jika di perhatikan pd sebelah kiri gambar di tembok dari pandangan kita kelihatan 3 makhluk berjubah putih yg spt sedang bersolat....

Allahuakhbar...

Zoom dan perhatikan betul2...

Perghhh gila lah. Dalam hati saya hanya terdetik 1 perkataan iaitu TIPU.

Ini kesimpulan saya pada permulaannya.

1. Kenapa gambar tersebut diambil tidak center seolah-olah tukang ambil gambae ni tau ada 'makhluk' di situ.

2. Apa sebab nak bergambar di situ padahal background belakang tu bukannya menarik pun. Kalau pergi naik atas Gunung Jerai dan ambil gambar macam ni, buang minyak je la. Banyak lagi pemandangan menarik seperti kawasan Sg. Limau dan Yan.

3. Siapa staf TM yang buat kerja-kerja di pencawang? Mungkin seorang saja staf TM yang pakai tshirt logo TM selebihnya hanya kawan-kawan kot.

4. Kalau semua tu staf TM, haihhh boleh pakai selipar pula ya. Unless kalau kenyataan yang dikirim tu tertulis, "gambar diambil ketika staf TM sedang bercuti".

5. Apahal yang 3 orang lagi tu tak pandang kamera.

Kesimpulannya saya beranggapan ia adalah sebaran dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan amat memalukan sekiranya mereka merasakan ini perkara serius dan suka-suka membuat lawak.

Secara peribadi saya amat bosan dengan hidup dalam dunia penuh kepura-puraan terutama apabila ia membabitkan agama ni.

Sama lah kes macam Dr Asri yang gemar menyebarkan gambar tidak benar di laman twitter peribadinya. Apabila sudah kantoi, dia tuduh orang lain punya angkara puiii.


Selamat berbuka puasa & selamat berterawikh

Post a Comment

2 Comments

  1. Awal ramadhan dh buat kerja2 tipu..sia sia ajelah puasa tu..lg sia sia kalu berpuasa tanpa menunaikan solat 5 waktu

    ReplyDelete
  2. Thanks bro. Aku dh agk mmg tip pon

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..