Full Width CSS

Ghana Boikot Perlawanan Menentang Portugal #WorldCup


Skuad Piala Dunia Ghana dilaporkan mahu memboikot perlawanan terakhir Kumpulan G menentang Portugal, esok.

Perkembangan terbaru itu dibuat selepas pemainnya mendakwa belum lagi menerima agihan masing-masing daripada yuran penampilan berjumlah 75,000 pound (kira-kira RM311,181).
Jumlah berkenaan adalah seperti mana dijanjikan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kepada Persatuan Bola Sepak Ghana selepas mereka layak ke Piala Dunia.

Jurucakap persatuan itu mengesahkan bahawa pemainnya tidak menerima apa-apa bayaran sejak tiba di Brazil sebulan lalu.

“Sebuah bas yang membawa pemain ke lapangan terbang Marceo telah ditangguhkan selama beberapa jam. Pemain sepatutnya berlatih pagi Selasa, namun mereka tidak hadir kerana protes atas kelewatan pembayaran itu,” katanya seperti dilapor kebanyakan media Ghana.

Isu itu menarik perhatian peminat bola sepak di negara Afrika itu sehingga memaksa Presiden Ghana, John Mahama campur tangan.

Beliau sendiri dilaporkan sudah menghubungi pemainnya meminta meneruskan aksi dan berjanji menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

Post a Comment

0 Comments