Full Width CSS

Jangan Jadi Pencetus Kepada Perpecahan - @TengkuAdnanReal @NajibRazak @UMNOWP


Ahli UMNO dan Barisan Nasional BN diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau terpengaruh dengan khabar angin berkaitan peletakan jawatan pemimpinnya, yang dilihat hanya akan mencetuskan perpecahan dalam parti itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor berkata ahli UMNO dan BN perlu bersatu hati menyokong kepimpinan Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memacu negara menjadi sebuah negara maju.

"Janganlah kita jadi pencetus kepada perpecahan, negara yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang bergerak ke hadapan.

"Kita nak jadi negara maju, banyak agenda pemimpin kita perlu selesaikan," katanya.

Mengulas dakwaan seorang anggota parti, yang juga setiausaha bahagian BN di Wilayah Persekutuan, kononnya Muhyiddin akan bercuti panjang dan tempat beliau akan dipangku sementara oleh Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Tengku Adnan berkata:

"Orang ini, dia tak suka Umno ini tenang, BN tenang. Kerajaan BN sedang melaksanakan tanggungjawab dan amanah. Saya tak tahu apa nak jadi kepada negara kita kerana banyak sangat orang (seperti) ini. Barangkali nak tengok negara kita hancur."

Pada Jumaat Perdana Menteri berkata laporan media sosial bahawa timbalannya akan berundur daripada Kabinet hanyalah 'rekaan politik' pihak tertentu.

Najib berkata sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN pula, Muhyiddin sentiasa bersama-sama dalam segala usaha memperkukuh dan memantapkan perjuangan Umno dan BN dan ini merupakan satu usaha berterusan dan masih banyak perlu dilakukan antara beliau serta Muhyiddin.

Post a Comment

0 Comments