Sunday, June 22, 2014

Jangan Mudah Jatuhkan Hukuman Pada Keluarga Remaja OKU


Simpati dan tuding jari kepada ibu remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dijumpai dalam keadaan tidak terurus adalah satu tindakan yang tidak wajar.

Ini kerana semua pihak yang mengikuti perkembangan isu remaja OKU ini wajiblah mengambil kira kenyataan kedua-dua belah pihak iaitu keluarga beliau dan agensi yang terlibat ketika menjumpai remaja terbabit.

Secara peribadi saya sendiri bersimpati dan sedih dengan nasib remaja OKU terbabit tetapi apabila mengetahui realiti hidup yang terpaksa ditanggung ibu remaja terbabit, barulah saya mampu menilai situasinya.

Ada pelbagai pihak mencemuh ibu remaja OKU terbabit di laman sosial tanpa mengetahui cerita sebenar di sebalik perkara yang berlaku.

Saya cuba meletakkan diri saya di tempat ibu remaja OKU terbabit, bayangkan hanya dengan pendapatan kecil serta hidup dengan seorang lagi anak berusia 7 tahun dan tanpa suami sudah pasti kehidupan harian yang dilalui semakin sukar.

Menurut si ibu, beliau sendiri tidak tahu & kekurangan maklumat bagaimana cara untuk mendaftarkan anaknya di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Saya percaya bukan niat si ibu mahu membiarkan anaknya dalam keadaan begitu dengan mengurungnya di dalam bilik beserta makanan atas bekas polistren dan najis merata-rata. Beliau terpaksa melakukan demikian kerana nak mencari pendapatan menyara keluarga.

Oleh yang demikian sebagai manusia yang waras, kita jangan aibkan keluarga ini dan perlu untuk kita mengambil iktibar daripadanya. Kita harus alert dengan keadaan sekeliling terutama jiran tetangga. Mana yang boleh dibantu, sama-sama kita bantu.

Entry yang saya coretkan ini adalah hasil pembacaan dari kenyataan kedua-dua belah pihak. Betulkan saya jika ada maklumat yang tidak betul.

10 comments:

  1. teruk sangat cari rezeki takkan sampai baju anak dibiarkan koyak rabak, tak berseluar.
    teruk sangat cari rezeki takkan sampai bilik bernajis sampai kering2 tak dicuci.
    teruk sangat cari rezeki takkan anak sampai kurus kering tak makan.

    teruk sangat ke cari rezeki sampai tak tau macamana nak mohon bantuan?
    tak ada jiran kah?
    tak ada kawan tempat kerja kah?
    tak kenal wakil penduduk dalam kawasan flat kah?
    tak tau macamana nak ke surau di flat uintuk bertanya kah? duduk dalam hutan tengah2 sabah sarawak kah?

    ini bukan kes kesempitan hidup. org yang sempit hidupnya tak pakai makeup maskara segala macam.
    orang yg sempit hidupnya tak berselfie dan ada smartphone.
    org yg sempit hidupnya tak hadir majlis2 di hotel.

    ini bukan kes kesempitan hidup. ini kes pengabaian anak oleh ibu yg jahat dan bangang dan berotak sempit. sama seperti blogger yg sempit otaknya cuba menjustifikasikan kes ini.

    kalau betul blogger ini berani dgn pendirian yg diambilnya, sila siarkan komen ini.
    p.s - sy tak rasa anda berani.
    wanjamakwanjusoh@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. maklumat yang tuan blogger dapat belum cukup tepat. persoalan berikut perlu dicari jawapan.
    1. kenapa pakaian remaja tersebut sampai reput tanpa ditukar?
    2. kenapa bilik tempat remaja tersebut dikurung sangat kotor, jijik dan penuh dengan tanah serta najis? adakah kesibukan kerja sehingga tidak mampu walau sedikit masa untuk mengurangi tahap kekotoran dan kejijikan bilik tersebut?
    3. kenapa fizikal remaja tersebut menjadi tersangat kurus dan kusut masai (gambar & video terdapat najis kering di atas kepala). adakah memberi makan dan mengurus kebersihan anak oku tersebut memerlukan masa berjam-jam sehari?
    4. setiap hari si ibu keluar bekerja, bersemuka dengan orang, berbual dan berinteraksi dengan masyarakat. adakah munasabah alasan tidak tahu cara memohon bantuan JKM bagi anak tersebut? tidak boleh bertanyakah dengan manusia-manusia yang berada disekelilingnya?
    5. maklumat bahawa si ibu tersebut tidak bersuami juga kurang tepat. selepas bercerai dengan suami pertama (ayah si mangsa), si ibu telah berkahwin lain sehingga mempunyai anak lain berusia 7 tahun.
    6. kenyataan bahawa si ibu tersangat susah kehidupannya juga agak meloya dan memualkan. mana mungkin seorang yang sangat miskin boleh memakai tudung mahal dengan hiasan batu-batu di atas kepala, baju yang baru sedangkan pakaian anak di rumah telah reput dibadan?
    7. ibu jenis apa yang langsung tidak peduli dengan keadaan anak yang tinggal rangka, kotor, persekitaran busuk dan kotor sedangkan diri sendiri ingin kelihatan cantik, anggun dan bergaya?
    8 dan seterusnya boleh disambung oleh anda jika anda prihatin.

    ReplyDelete
  3. Kalau setakat kurus dan sakit tu biasa tapi budak ni terbiar macam kucing kurap. Berapa lama baju kita pakai boleh reput?....sebulan, setahun....aku tengok baju orang gila pun tak reput, cuma berkerak je. Orang suka jadikan kemiskinan sebagai alasan untuk jadi pengotor. Dalam kes ni budak tu begelumang dengan najis. Budak ni tak nampak liar pun masa imigresen selamatkan dia....bermakna mak d

    ReplyDelete
  4. Bila tengok gambar dia dulu, nampak ceria dan sihat. Apa motif mak dia kurung hingga tinggal rangka.

    ReplyDelete
  5. ye saya faham keadaan ibu remaja tersebut..but even so..takkan smpai biar kan budak tu smpai jadi kurus kering?????????????????????????????????????????????????????????????????????? tak terurus??????????

    ReplyDelete
  6. Walau apa pun takan sampai begitu anak OKU tu terbiar....tak masuk akal lebih2 lagi dalam keadaan ibu dia yg waras. Cuma hidup tertekan tanpa suami..itu saja...tak pernah kita dgr sesusah mana pon sapa2 kt msia nie kejadian seumpama ini boleh berlaku di negara kita. Saya lebih terdorong ke arah niat si ibu yg tak mahu menjaga anak OKU sebenarnya dan bila dah terkantoi mula la mencari simpati...

    ReplyDelete
  7. Hai maknya rilek aje dok main facebook,berposing2 dengan tudung lip lap pelbagai,anaknya dibela macam kambing?Boleh gitu?

    ReplyDelete
  8. memang tak masuk akal..melainkan si ibu itu GILA..

    ReplyDelete
  9. Saya rasa tidak masuk akal langsung kenyataan bahawa ibu remaja terbabit memberikan alasan MISKIN,
    kenapa ibu remaja ini boleh hidup dengan badan cukup vitamin ,zat serta gempal sedangkan anaknya kurus kering mengalahkan kebuluran di Afrika? Langsung tidak logik alasan yang diberikan ole ibu ini...

    ReplyDelete
  10. there is no such thing tak tau nak minta bantuan. oh, pandai ada smartphone tapi tak smart pala otak. orang yang daif pun hidupnya pun tak macam ni...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...