Full Width CSS

Mana Nak Dapat Parking 1 Hari Hanya RM4.00 Jer?


Mungkin banyak pihak yang tidak menyedari terdapat tempat parking bertingkat yang disediakan untuk kemudahan orang awam terutama pengguna tren LRT di Kuala Lumpur ini. Tujuannya adalah 1 iaitu menggalakkan orang ramai guna perkhidmatan tren LRT.

Multi Storey Carpark mula² sekali diperkenalkan di stesen Gombak (aliran Kelana Jaya). Di sana terdapat sebuah bangunan bertingkat meletakkan kenderaan kalau Pembaca perasan lah. Disediakan khas untuk pengguna LRT.

RAPIDKL

Sebuah lagi tempat letak kenderaan bertingkat akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Sabtu ini bertempat di LRT Ampang pada jam 9:30 pagi.

Mungkin saya boleh kongsikan sedikit maklumat berkenaan tempat parking ini.

1. Beroperasi 24 jam.
2. Cashless - tidak menggunakan wang sebagai transaksi bayaran hanya guna kad MyRapid
3. Mempunyai lebih 1,200 buah petak parking.
4. Tempat parking mesra Orang Kelainan Upaya (OKU).
5. Tempat parking Pemandu wanita.
6. Panic Button - disediakan jika berlaku kecemasan, pengguna boleh tekan butang yang disediakan.
7. Sistem panduan kotak parking (seperti gambar di bawah)
8. Servis lif.
9. Yang paling penting ada CCTV


Untuk makluman bersama, seperti keterangan nombor 2 di atas. Tempat parking ini tidak menggunakan wang sebagai transaksi bayaran parking. Segalanya menggunakan kad MyRapid.

Ini contoh kad nya.


Kad ini boleh didapati daripada kaunter² di setiap stesen LRT (Ampang Line & Kelana Jaya Line) dengan harga RM12 dan isi di dalamnya berjumlah RM10. Untuk topap ataupun reload, boleh dilakukan sendiri di mesin² tiket layan diri di setiap stesen LRT, minimum RM10.

Saja nak kongsikan lagi, kad MyRapid ini boleh digunakan untuk perkhidmatan LRT, Monorail & Bas RapidKL bermula 1 Julai 2014.

Okey berbalik pada cerita tempat parking ni, seperti diberitahu awal tadi hanya pengguna LRT saja boleh menggunakan tempat parking ni dan mendapatkan flat rate parking RM4.00 sehari (3:00am - 2:59am). Lihat table rate parking di bawah.


Apa beza pengguna LRT dan bukan pengguna LRT tetapi tetap menggunakan kad yang sama untuk membuat bayaran parking.

Sistem mesin parking ini akan detect daripada kad MyRapid yang korang gunakan sama ada korang menggunakan khidmat tren LRT ataupun tidak. Dalam erti kata lain, kalau parking sana wajiblah naik tren LRT (park & ride).

Tapi kalau parking sana kemudian pergi tempat lain tanpa menggunakan khidmat LRT so sistem akan detect rate mengikut jam, ala RM15 je maximum per day. Tapi still kena bayar menggunakan kad MyRapid juga ya. Touch & Go tak boleh.

Nak bagi contoh :

1. Saya park di multi storey carpark Ampang dan naik tren LRT ke Sogo. Kemudian selepas 9 jam, saya pulang ke Ampang menaiki tren. Saya hanya dikenakan bayaran parking sebanyak RM4.00 sahaja.

2. Ali park di multi storey carpark Ampang dan naik bas ke KLCC. Kemudian pulang semula ke Ampang selepas 4 jam. Dia dikenakan bayaran RM6.00.

Sepanjang pengamatan dan kefahaman saya, khidmat yang disediakan oleh RapidKL ni amat baik untuk pengguna terutama warga Lembah Klang yang terpaksa mengadap kesesakan lalu lintas setiap hari. Ini satu bentuk inisiatif yang bagus terutama kepada pelanggan setia RapidKL. Mana nak cari tempat parking RM4.00, 1 hari kat kL weihhh.

Seperkara yang penting untuk saya kongsikan bersama Pembaca sekalian ialah, manfaat yang boleh diperolehi menerusi kad MyRapid ini.

Lihat di bawah, confirm korang suka.


Maklumat lanjut mengenai kad & manfaat kad ini, boleh klik sini.

Post a Comment

3 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..