Tuesday, June 3, 2014

Menu Masakan Ayam Goreng Habuk #1Malaysia

Tak tahu nak masak apa malam ni, apa kata cuba try menu Ayam Goreng Berempah ataupun dalam bahasa mudahnya ialah Ayam Goreng Habuk / Serdak.

Jom cuba.


Bahan-Bahan Yang Diperlukan

* 2 tongkol lengkuas
* 4 labu bawang merah
* 5 helai daun kari 5 tangkai cili kering dipotong 3
* 6 batang serai
* 5 sudu cili kering (blend)
* 3 sudu rempah kari ikan
* 3 sudu kunyit babas
* Sedikit serbuk perasa

Cara Memasak:-
1. Ayam dipotong 16/atau ikut suka. Bersihkan dan toskan.
2. Perapkan ayam tadi bersama semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu jam.
3. Panaskan minyak untuk "deep fry" dan goreng ayam tadi, api biar sederhana. Bila serdak agak kekuningan, tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus
4. Bila ayam dah masak, masukkan daun kari dan cili kering potong tadi.
5. Tabur atas ayam bersama serdak tadi.

Tentu menyelerakan, lebih banyak serai dan lengkuas lebih banyak serdaknya.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...