Full Width CSS

Parkir Semurah RM4.00 Sehari Untuk Pengguna Setia LRT #RapidKL #1Malaysia @NajibRazak @shahrilmokhtar


Transformasi pengangkutan awam yang bermula pada tahun 2010 kian menampakkan keberhasilan dan kemajuan yang memberangsangkan hari ini.

Buktinya sambutan pengguna pengangkutan awam semakin meningkat saban tahun. Pada tahun 2013, sasaran purata sebulan 400,000 orang pengguna pada waktu kemuncak yang berjaya dilepasi dan sekaligus menunjukkan peningkatan sebanyak 21% berbanding tahun sebelumnya.


Yakin dengan trend sambutan orang ramai terhadap pengangkutan awam terutamanya tren LRT, Prasarana menyediakan kemudahan Park & Ride dengan tujuan memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna.

Untuk perkongsian bersama, lebih 140 petak parking untuk pemandu wanita sendirian disediakan serta vsebanyak 20 buah petak lagi untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Selain daripada itu, terdapat juga kemudahan lain antaranya servis lif, parking guidance system, cctv, dan lain-lain lagi.

Ingin dikongsikan salah satu sistem yang baik dan bertaraf dunia di dalam tempat parkir ini adalah 'panic button'.


Apabila seseorang menekan panic button, secara automatiknya kamera cctv berhampiran memfokus tepat ke arah lokasi panic button tersebut dan wajah orang yang menekannya akan dapat dilihat secara clear di paparan skrin dalam control room.

Kurang dari tempoh 1 minit, pengawal keselamatan yang bertugas akan tiba ke lokasi yang dimaksudkan. Ini salah satu langkah proaktif yang diambil oleh Prasarana bagi tujuan menjaga kepentingan awam di dalam premis mereka.


Untuk makluman bersama tempat parkir bertingkat ini beroperasi 24 jam dan tidak menggunakan tunai sebagai transaksi pembayaran. Menariknya lagi, pengguna boleh mendapatkan flat rate serendah RM4.00 untuk sehari parking di sini.

Selain daripada itu, kerajaan berkeyakinan mencapai aspirasi bagi tahun 2015 dengan purata bulanan sebanyak 750,000 penumpang pada waktu puncak pagi selain 75% rakyat mempunyai akses kepada laluan pengangkutan awam.

Terbaik bukan?
Semuanya daripada kerajaan untuk rakyat.



Rujuk sini untuk ketahui lebih details berkenaan tempat parkir bertingkat dan kad MyRapid.

Post a Comment

1 Comments

  1. RM4 x mahal ke untuk parking? I mean.. Parking RM4 x 20 hari bekerja da RM80.. Then naik LRT and interchange KTM lagi.. if let say pergi balik RM5.. RM5 x 20 hari bekerja da RM100.. Total RM180.. huhuhu.. sakit kot harga dia.. especially for student practical.. elaun da la sikit.. tolak pengangkutan, tolak rumah sewa pd yg menyewa.. and anything la.. hurmmm

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..