Dalam laporan tersebut, si penulis mempertikaikan pelantikan tersebut dan cuba menunjukkan kepandaiannya mereka membuat kira² kos RM10 juta setahun yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan untuk menambah anggota Kabinet yang baru ini.
Huh begitu 'concern' pula MalaysiaKini kebelakangan ni terhadap Perdana Menteri kan. Lihat tweet di bawah.
Saya percaya si penulis ni sebenarnya telah gagal membuat research ataupun sebenarnya Ram Anand ni baru keluar dari gua mana entah ataupun berada di dalam kawasan tiada liputan coverage Internet.
Di mana dia berada semasa semua orang kecoh² mengenai pendapatan bulanan Perdana Menteri yang disifatkan tinggi dan di mana dia berada semasa perbandingan tangga gaji / pendapatan Perdana Menteri & Menteri Besar Selangor dikeluarkan?
Rujuk di bawah.
Amacam Ram Anand?
Itu baru pendapatan sebagai Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor ya, saya tak masukkan lagi pendapatan bulannya sebagai ADUN & Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Wilayah Persekutuan yang makan gaji buta dan hanya pentingkan rakyat Selangor sahaja.
Tetapi demi untuk tidak menghampakan para pembaca blog saya, meh saya dedahkan pula pendapatan kasar bulanan Menteri Besar Selangor yang merupakan ahli Parti Kerusi Keldai Keadilan Rakyat (PKR).
Menarik bukan?
Okey, berbalik kepada tweet antara Datuk Rahman Dahlan dan MalaysiaKini.
Saya percaya, tweet daripada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kajian Tempatan bukannya memberi effect yang sikit kepada si Ram Anand tetapi telah membuktikan kepada banyak pihak yang turut mengikut Twitter beliau lebih 42 ribu orang bahawa para penulis MalaysiaKini tidak mempunyai kredibiliti yang baik sebagai wartawan.
Sebagai seorang penulis blog pro kerajaan, saya beranggapan Ram Anand masih terlalu mentah untuk bermain dengan isu² politik tempatan. Rasanya beliau bolehlah ditukarkan ke bahagian berita Sukan ataupun berita Saham kerana saya dapati beliau begitu berminat dengan angka² yang besar keh keh keh.
Tak pun, MalaysiaKini boleh cuba hi litekan isu berkenaan PKR & Kerusi Merah. Pasti ceritanya lebih meriah dan meletop !
1 Comments
Kenapa heh..blogger blogger pembangkang ni bila orang keluarkan fakta terus senyap..
ReplyDeleteOooo patutlah..sebab kesemua mereka ni pencipta auta
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..