Tuesday, June 3, 2014

#RapidKuantan Tambah 2 Laluan Baru #1Malaysia @MyRapidKL

RapidKuantan, yang menghubungkan penduduk Kuantan dengan kawasan-kawasan berdekatan di bawah Rapid Bus Sdn Bhd akan menambah dua lagi laluan baru ke Balok Makmur dan Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC) mulai Ahad, 1 Jun ini.

Laluan 600 dengan jarak keseluruhan 25km akan beroperasi dari Hentian Bandar ke Balok Makmur melalui Beserah. Sementara, Laluan 603 dengan jarak keseluruhan 7km akan beroperasi antara Hentian Bandar ke PSDC melalui Jalan Galing.“RapidKuantan akan menyediakan lima buah bas untuk laluan 600 dengan kekerapan 30 minit dan sebuah bas untuk laluan 603 dengan kekerapan 20 hingga 30 minit. Kami menyediakan perkhidmatan ini untuk memenuhi permintaan daripada penduduk serta merancakkan suasana ‘Tahun Melawat Malaysia 2014’,” kata Dato’ Ir. Zohari Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini.

Perjalanan laluan 600 dari Hentian Bandar ke Balok Makmur akan melalui antaranya Beserah, Pantai Batu Hitam dan Balok Jaya. Sementara laluan 603 dari Hentian Bandar ke PSDC akan melalui Masjid Negeri, Jaya Gading seterusnya Kolej PSDC. Dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak di Kuala Lumpur pada 30 November 2012, RapidKuantan mula beroperasi pada 1 Disember 2012 di 3 laluan dengan 32 buah bas. Dengan dua laluan baru yang akan beroperasi Ahad ini, perkhidmatan RapidKuantan akan meliputi 15 laluan dengan 80 bas dan menyasarkan memberi kemudahan pengangkutan kepada lebih daripada 13,000 orang penumpang sehari.

Perkhidmatan RapidKuantan meliputi Pekan, Sungai Lembing, Bukit Sagu, Permatang Badak, Kampung Ubai dan tempat tumpuan pelancong seperti Teluk Cempedak dan Gambang Water Park Resort.


Pergi : Hentian Bandar Kuantan Jln Pasar-Jln Bukit Ubi-Jln Mahkota –Jln Hj.Abdul Aziz-Jln Merdeka-Jln Gambut-Jln Bukit Sekilau-Jln Tun Ismail-Jln Beserah-Jln Pelabuhan Kuantan –Jln Pintasan Kuantan - Balok Makmur-Hab.
Laluan balik : Hab Balok Makmur-Jln Pintasan Kuantan-Jln Pelabuhan Kuantan-Jln Beserah-Jln Teluk Sisek-Jln Besar-Jln Penjara-Jln Mahkota-Jln Hj.Abdul Aziz-Jln Merdeka-Jln Gambut-Jln Bukit Sekilau-Jln Stadium- Hentian Bandar Kuantan.



Pergi : Hentian Bandar Kuantan Jln Pasar-Jln Bukit Ubi-Jln Mahkota-Jln Hj.Abdul Aziz-Jln Merdeka-Jln Gambut-Jln Bukit Sekilau-Jln Dato’Lim Hoe Lek-Jln Hj.Ahmad-Jln Industri Semambu 5-Jln Industri Semambu 9-Hab PSDC Kolej.
Laluan balik : Hab PSDC Kolej-Jln Industri Semambu 9-Jln Industri Semambu5-Jln Hj Ahmad-Jln Dato’Lim Hoe Lek-Jln Bukit Ubi-Jln Mahkota-Jln Hj.Abdul Aziz-Jln Merdeka-Jln Gambut-Jln Bukit Sekilau-Jln Stadium-Jln Pasar Hentian Bandar.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...