Full Width CSS

Saya Pening Kepala Tonton @BuletinTv3 @tv3Malaysia


Apa sudah jadi dengan diri saya?

Adakah tekanan darah saya semakin naik meninggi atau sebenarnya salah lampu di ruang tamu rumah saya yang terlalu terang.

Dua hari saya menonton Buletin Utama di TV3, perasaan itulah yang saya rasa.


Hari ini ada kalangan kawan-kawan saya di pejabat mengadukan perkara yang serupa. Mungkin kami bekerja terlalu stress ataupun mungkin juga kami stress melihat pertambahan digit dalam akaun bank masing-masing.

Bagaimanapun saya masih beranggapan bukan salah Tv ataupun Tv3. Mungkin puncanya datang daripada saya yang mengabaikan sedikit penjagaan kesihatan.

Aduhhh bila tengok Tv lain, ok pula kepala ni.

Post a Comment

21 Comments

  1. Semalam mcm tgk 999 jer pastu rasa mcm tgk dokumentari Majalah 3 plak..

    ReplyDelete
  2. setuju saya pun sama kena dengar aja mata pejam kalau tidak pening ha ha BU TV3 tooio much distraction for the eye

    ReplyDelete
  3. mmg perlu ada pembaharuan...tapi macam memeningkan pulak dah...

    ReplyDelete
  4. Buletin utama tv3 semakin memeningkan.. background mcm siri Power Rangers jer.. kah kah kah!
    yg baca berita tu lak tangan tak boleh dok diam..

    ReplyDelete
  5. Tv3 terlalu nak ada kelainan sanggat , supaya nampak hebat konon, hasilnya jadi huru hara ...

    kreativiti yang cacat

    ReplyDelete
  6. Bukan senang nak biasakan dgn benda baru.... Sebab dah terbiasa dgn yang lama. Sebab tu ularmak PAS suka benda baru... Semangat baru...

    ReplyDelete
  7. ye betul....macam rasa nak masuk pusat karaoke atau kelab malam....suram....minta diperbetulkan

    ReplyDelete
  8. Betol laa....kekadang tgk mcm 999.mcm melodi plak ada...siap ada bual bicara.adui...apehal la buletin utama ni.terlampau creatif sangat, tu pasal jd camtu.

    ReplyDelete
  9. Betui ler, tengok benda berputar2 di belakang pembaca berita rasa nak termuntah...

    ReplyDelete
  10. terlalu serabut dengan eksesori yg tak perlu dalam buletin utama tu. jadi macam rojak pulak. entah siapalah yg kurang bijak bab-bab psikologi ni. waktu perdana ialah waktu orang nak dapat berita sambil santai lepas balik kerja. kalau macam ni, baik tengok katun....

    ReplyDelete
  11. haah lah, aku tunggu gak apa yang mereka nak tonjolkan, TAPI, HAMPEH.!!! keh keh keh !!!!!

    ReplyDelete
  12. Setuju sesangat. ! Bukan setakat pening kepalà tetapi bercelaru bila tengok format baru bulitin TV3. Nak kata Berita, macam acara suksn pun ada, macam acara hiburan pun ada. Entahlah pening kepala saya. Lebih baik tonton Berita TV7/TV9/TV AWANI/TV1/TV2/BERNAMA TV.

    ReplyDelete
  13. Backdrop mcm dalam video games. Cuba la buat simple je, kita bukan nak tgk backdrop, tapi kita nak dengar maklumat yang tepat dan terkini. Bagi la orang yang betul betul mahir. Mahir tu maksudnya bukan sahaja dari segi pengunaan komputer tapi dari segi rekabentuk.

    ReplyDelete
  14. Sangat memalukan ketinggian kehormatan Malaysia, yang satu wanita menutup kaki, yang satu wanita lagi menunjukkan kedua belah kaki dengan high-heels. Macam mana penonton berita utama tv 3 mahu menumpukan pendegaran berita? Sepatutnya wanita yang menunjukkan kedua belah kaki baiklah pergi ke rumah urut, jangan baca berita.

    Tak adakah pakaian Melayu yang sopan santun ? Memalukan orang Melayu.

    ReplyDelete
  15. ntah ya, mana 'berita'nya .

    ReplyDelete
  16. Sama la.. Aku pun pening tengok berita tv3 ni.

    ReplyDelete
  17. Siapalah agaknya penerbit berita semalam, macam rancangan jual produk pula.

    ReplyDelete
  18. hahaha...sama la...dulu tgk buletin jgn ditukar ke channel lain.La ni siap boleh layan Betul ke Bohong walaupun diulang tayang byk kali...
    2,3 hari ni la yang rasa. Mcm dah takde keghairahan nak tgk buletin utama lg.

    TontoJr

    ReplyDelete
  19. Terus terang aku cakap sejak dulu aku hanya tengok berita di tv1 jer walau rumah aku ada 92 channel!!

    ReplyDelete
  20. latar belakang pembaca brita tu mmg xkena, ape pulak letak graf turun naik banyak2 kat situ? Lagi pulak logo BU pusing2, macam simbol pukau. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  21. Hahahhahhaaha..... Peninkatan yg menurun.....

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..