Full Width CSS

Selepas Suami Isteri, Kini Wanita Ngeri Digilis Lori @NajibRazak @PDRMsia @HishammuddinH2O


Memang menyayat hati apabila melihat gambar-gambar mangsa pengguna jalan raya yang maut digilis kenderaan berat.

Hari ini sekali lagi kejadian ngeri tersebut berulang kembali apabila seorang pembonceng motorsikal wanita maut digilis lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.


Kejadian berlaku semasa warga kota berpusu-pusu keluar menuju ke tempat kerja. Mangsa dipercayai terjatuh dan digilis kenderaan berat di hadapan pusat membeli belah Leisure Mall menghala ke Kuala Lumpur.

Pemandu lori tersebut ditahan oleh orang ramai yang menyaksikan sendiri kejadian apabila pemandu lori dilihat meneruskan pemanduan. Lori tersebut dipercayai terlibat dengan kerja-kerja pembinaan MRT di sepanjang Jalan Loke Yew.


Sebulan lepas, kejadian yang mirip serupa berlaku melibatkan sepasang suami isteri yang digilis ngeri. Bagaimanapun pemandu lori tersebut berjaya melarikan diri dan tiada berita sehingga ke hari ini.

Pasangan tersebut meninggalkan 5 orang anak-anak yang masih kecil.

PERSOALANNYA

Sampai bila kejadian sebegini akan terus berlaku dan meragut nyawa-nyawa di laluan tersebut?

Bukannya menolak pembangunan dan infrastruktur MRT yang baik untuk masyarakat tetapi biarlah proses pembinaannya tidak meragut nyawa orang yang tidak bersalah.

Saya pasti jika lori dipandu mengikut flow kelajuan yang ditetapkan pasti kejadian sebegini tidak akan berlaku dan meragut nyawa.

Misteri nya adakah signboard yang tertera waktu peak hour larangan kenderaan berat keluar masuk sekadar tanda 'amaran' saja?

Atau ia sekadar hiasan jalanan dan tidak memerlukan penguatkuasaan dari pihak berwajib.

Post a Comment

10 Comments

  1. Selangor dan KL kn negeri pemandu samseng.. tambah2 pemandu lori tanah dna pasir.. Polis pun takut dgn puak ni.. masing2 memandung mcm sial.. xpeduli lampu isyaray atau kenderaan kecil lain seperti motorsikal. Krn taukeh2 lori tanah/pasir ini ada tonto dan memastikan lori mereka dipandu laju untuk kejar trip.

    Mungkin juga taukeh2 lori cinabeng ini sengaja buat semua keadaan ini supaya kebarangkalian untuk kemalangan lebih banyak.. utk bunuh bangsa lain.. cina mmg bangsa kejam dan hati kering.. janji duit maaaa...

    ReplyDelete
  2. Nanti kata pegawai polis , kami tidak mempunayi kuasa untuk pastikan segala signboard dll disediakan oleh pihak kontraktor dan kami tidak boleh saman mereka ini kena tanya pihak berkuasa temapatan DBKL atau setaraf dengan nya

    ReplyDelete
  3. innalillahhirojiun...

    ReplyDelete
  4. Senang senang MRT kena tuduh. Laporan rasmi media tak pulak sebut. Kereta Mercedes yang mengimpit motorsikal - pengakuan saksi utama iaitu suami mangsa - juga tak dimasukan dalam blog.

    ReplyDelete
  5. mmg sungguh menyayat hati. Tetapi perlakuan penunggang motosikal yg sering menyusahkan pengguna jalanraya yg beroda empat juga harus diambil kira. Saya melihat ini sebagai satu pengajaran bg penunggang motosikal yg tamak mengejar maut.

    mmg amat bersimpati tapi amat kesal dgn sikap suami mangsa. Katanya beliau sedang belajar ugama namun sikapnya tidak mencerminkan sesuatu yg boleh dicontohi oleh org yg berugama. Sewajarnya keselamatan isteri yg mencari rezeki diutamakan. Berapa sangatlah gaji seorang kerani. Menggadaikan nyawa isteri dicelah-celah kenderaan berat dan sebuah merc adalah sesuatu yg menjengkelkan. Org yg beragama wajib ada sikap sabar, insyaAllah rezeki tidak akan lari tetapi ajal jangan dicari.

    ReplyDelete
  6. pengalaman beberapa tahun lepas, van jabatan yg saya sendiri naiki dihimpit oleh lori hantu sewaktu que menunggu giliran melepasi tol. Dah terang2 sempit pun dia berani redah.. remuk sebelah van tu.. semua penumpang keluar melalui pintu pemandu. Pemandu lori lari mcm tu jer.

    ReplyDelete
  7. Org yg paling sabar pn kalau lalu jalan tu akan kena lalu di celah2 kenderaan kecuali kalau motorsikal dia bolej terbang.. harap maklum.. jgn disebabkan ada kete besar.. kita salahkan org yang bawa motorsikal tu..

    ReplyDelete
  8. Mana pergi Safety and Health Manager/Director MRT Corp? tido ke? Sibuk jaga Indon dan Myanmar buruh, nyawa orang Malaysia di ketepikan? abah kau la, gaji puloh puloh ribu tapi haram jadah punya kerja.

    ReplyDelete
  9. jangan sebok sangat nak menilai .. semua dah d takdirkn .. nak tuduh pemandu motorsikal tu memang tak bole .. korang bkannya ada kat tempat kejadiaan semasa kejadian tu brlaku ..

    ReplyDelete
  10. Kenapa nk dikesalkan dengan sikap suami mangsa....bukankah ajal maut di tangan Tuhan. Kita nak elak macam mana sekalipun memang sudah suratan takdir.
    Bukan semua pembonceng motosikal menyusahkan pengguna jalan raya. ....salah tu.
    Anonymous saya kakak kepada suami arwah yang meninggal sedih dengan kenyataan anda.....anda x berada pada tika itu. Keadaan dia......bukan dia belajar agama dia x bekerja.....dan x bertanggungjawab.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..