Full Width CSS

@Tv3Malaysia Harus Ambil Saya Jadi Consultant @BuletinTv3 #1Malaysia


Sebelum saya pergi lebih jauh, entry kali ini bertemakan TV dan bukannya politik. So kalau ada sesiapa yang mencari cerita politik, sila usha blog² lain sementara waktu kerana selepas entry ini, blog RH akan berkongsikan menu masakan Melayu pula.

Harap maklum.


Semalam saya menulis satu artikel yang bertajuk 'Saya Pening Kepala Tonton @BuletinTv3'. Rupanya ramai yang membaca entry tersebut walaupun tajuknya serta isi kandungannya banyak menceritakan masalah peribadi saya yang kurang menjaga kesihatan diri.

Lihat di bawah berapa ramai pembaca yang membaca.


Seramai 9,743 orang pembaca dan 18 komen diterima daripada entry tersebut. Bukan niat saya ingin menghebahkan ataupun menunjuk² jumlah tersebut tetapi apa yang saya ingin kongsikan bersama para Pembaca terutama pihak TV3 adalah komen² & pendapat penonton saluran anda.

Lihat di bawah ni jap.




Saya percaya yang memberi komen di atas ini adalah penonton TV3. Banyak berita serta info mereka perolehi daripada Buletin Utama selama ini tetapi selepas TV3 berganjak ke usia 30 tahun, mereka tiba² merasa sesuatu yang menukar selera mereka.

Saya juga turut merasa tempiasnya dan saya percaya ratusan ribu atau mungkin jutaan rakyat Malaysia juga turut terkesan dengan suasana & tema baru Buletin Utama semenjak 1 Jun 2014 yang lepas.

Bukanlah juga niat saya mahu berlagak pandai di hadapan kumpulan kreatif TV3 tapi saya perlu sampaikan apa yang saya tahu dan boleh bantu TV3 daripada kehilangan penonton setiaselama ini. Apa yang TV3 perlu tahu?

1. Jam 8 malam sehingga 10 malam merupakan waktu santai kebanyakan keluarga di Malaysia dan ada sesetengah antara mereka baru sampai ke rumah ditambah dengan penat & stress di tempat kerja. Bila buka tv pula penonton mahukan rancangan atau program yang santai bagi mereleasekan tekanan mereka.

Bayangkan apabila buka TV3, terlalu banyak distraction di belakang Pembaca Berita lepas tu terdapat pula thumbnails gambar yang bergerak² terlalu complicated untuk mata penonton capture @ lihat.


2. Idea nya bagus tetapi apabila perubahan dilihat terlalu drastik. Saya fikir tak perlu background di belakang Pembaca Berita kelihatan seperti mesin operator telefon zaman 80 an ataupun sebenarnya si pembaca berita berada dalam kapal selam?

Walaupun ia menggunakan CGI / green screen tetapi bagi saya finishing pada paparan tersebut terlalu rumit nak dijelaskan dan saya percaya para penonton pun mati akal nak jelaskan perasaan mereka menonton Buletin Utama di TV3.

3. Konsep temubual secara live dan beberapa laporan berita yang dilihat seumpama dokumentari. Jika ada satu alat untuk mengukur kadar adrenalin dalam badan pada setiap penonton, pasti keputusannya naik turun naik turun kerana storyline berita tersebut nampak macam tak da umphhh dan menyedihkan.

Dah lah tengok background banyak bergerak², lepas tu ada temubual yang agak slow mood then ditambah pula dengan berita ala² 999 kemudian ada pula paparan video macam dokumentari. Dekat sini saja, cuba TV3 bayangkan apa yang penonton rasa. Tak pun tak payahlah tanya penonton tapi tanya Director atau Pegawai² Besar dalam Media Prima sendiri. Minta dorang spent masa 1 jam duduk tengok Buletin Utama saja di rumah.


Bukan niat saya memperlekehkan tema baru yang diterapkan TV3 tapi niat saya ingin membantu TV3 yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dari dulu lagi. Tolong kembalikan Buletin Utama dalam bentuk yang asal atau gugurkan saja segala konsep futuristik ni. Saya pasti ada beberapa budak² sekolah yang akan menjerit 'Fuyohhhh, Pembaca Berita tu tarik slide gambar macam dalam cerita Ironman'.

So kepada TV3, mohon pertimbangkanlah satu²nya permintaan dari blogger ni. Nak termuntah tengok Buletin Utama walaupun pengacaranya hot atau cun melecun. Jangan dikejarkan rating tertinggi tapi fikirkanlah macam mana nak kekalkan penonton supaya terpacak duduk tengok berita.

Saya tak kisah jika TV3 ada idea lagi kreatif nak buat CGI baca berita sambil terapung di udara ataupun baca berita berlatarbelakangkan mesin masa Back To The Future tapi yang paling penting kena fikirkan, berita tu deliver ataupun tidak kepada penonton.

P/s : ada orang cakap, budak² intents punya kerja la ni haha

Ikhlas daripada budak lulusan Multimedia Creative - Diploma je

Post a Comment

1 Comments

  1. Macam dalam kapal selam tu setuju hahahahaha

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..