Thursday, June 12, 2014

[Video] Cukai Bilik Hotel Punca Lelaki Terjun Feri Pulau Pinang? #Penang


Suasana dalam Feri Pulau Undan kecoh, petang kelmarin akibat tindakan seorang lelaki misteri yang terjun ke laut ketika feri berkenaan baru lima minit memulakan pelayaran dari Jeti Feri Sultan Abdul Halim, Butterworth menuju ke Jeti Pengkalan Raja Tun Uda di Georgetown.

Dalam kejadian jam 4.53 petang itu, lelaki berkenaan dilihat dalam keadaan muram dan tidak banyak bercakap sepanjang perjalanan itu serta tergesa-gesa menuju ke arah tangga untuk turun ke dek feri terbabit.

Saksi kejadian berkata, tindakan lelaki berkenaan membuatkan penumpang feri terbabit cemas apabila dia dikatakan terjun ke laut ketika berada di bahagian tangga dek penumpang feri itu.

Kejadian itu dimaklumkan kepada kapten feri berkenaan yang kemudian membuat pusingan bagi menyelamatkan lelaki berkenaan yang ketika itu dilihat dalam keadaan tenggelam dan timbul di permukaan laut.

Sebaik menghampiri lelaki berkenaan, kru feri membaling pelampung keselamatan ke arahnya, namun lelaki berkenaan dikatakan enggan dibantu sebelum dia terus tenggelam dan hilang dari penglihatan.

Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dipercayai menaiki feri berkenaan seorang diri.

Sementara itu, Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang Kapten Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai seorang lelaki berbangsa Cina.


“Mangsa terjun dari tingkat atas dek penumpang lima minit selepas feri memulakan pelayaran dan penumpang lain yang menyaksikan kejadian itu terus melaporkan kepada kapten feri berkenaan yang kemudian melakukan prosedur menyelamat orang jatuh laut dan mengelilingi kawasan dipercayai tempat mangsa terjun. Bagaimanapun, usaha itu gagal menemui mayat mangsa yang dipercayai lemas selepas dibawa arus.

Woi..
Woi..


Sumber : MatKilauPenang

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...