Full Width CSS

Blackbox #MH17 Sahkan Pesawat Ditembak Roket


Kotak hitam milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine menunjukkan terdapat serpihan dari letupan roket yang menyebabkan nahas pesawat penumpang itu, kata seorang pegawai keselamatan Ukraine pada Isnin.

Penyiasat antarabangsa “menunjukkan bahawa data perakam penerbangan menunjukkan bahawa sebab bagi kemusnahan dan kemalangan pesawat itu apabila mengalami penyahmampatan letupan yang besar akibat letupan roket,” kata jurucakap Majlis Keselamatan dan Pertahanan Ukraine, Andriy Lysenko.
Data dari kotak hitam pesawat itu dianalisa di Britain selepas ia diserahkan kepada pegawai Malaysia oleh pemberontak pro-Rusia yang mengawal lokasi nahas MH17.

Kumpulan penyiasat yang mengetuai siasatan di Belanda enggan untuk mengesahkan maklumat terbaharu dari Kiev, dengan menyatakan bahawa mereka “sedang menunggu gambarAN lebih lengkap tentang apa yang telah berlaku.”

Kiev dan sekutu baratnya mendakwa kumpulan pemberontak yang menembak jatuh pesawat itu, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Post a Comment

3 Comments

  1. Biler kerajaan Malaysia nak keluarkan statement pasal kotak hitam ni?

    ReplyDelete
  2. Tunggu bro...kan tengah analisis tu.

    ReplyDelete
  3. Saya baru pulang daripada singapore. Disana ketemu pelancung yang datang dari Milan. Sesiapa yang bertanggungjawab samada satu atau dua pihak telah berjaya membuat mereka meragui keselamatan di malaysia. Penculikan di Sabah terutamanya. Tetapi mereka tidak meletak kesalahan keatas malaysia berkenaan mh370 dan mh17. Sebaliknya mh370 adalah hasil kerja US sementara Mh17 adalah russia. Maaf saya bantah statement beliau. Penjelasan saya ialah mh370 menguntungkan US dan membuat kita dan China tegang sementara mh17 tegang dgn Russia dimana hubungan kita baik sebelum ini..tahniah juga kepada rakyat malaysia yang lupa diri. Tidak ada rakyat negara lain yang berkata buruk tentang negara sendiri kecuali malaysia. Elok kalau kerajaan mempersilakan mereka pilih negara pilihan mereka dan boleh blah.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..