Full Width CSS

Gempar : Cubaan Pengganas Sulu Menyerang Sabah Lagi #1Malaysia

Menurut berita khabar angin, seorang anggota Polis gugur ditembak oleh pengganas lewat malam tadi.

Serangan yang dipercayai oleh pengganas Sulu ini berlaku ketika semasa pasukan keselamatan melakukan rutin rondaan di sekitar Pulau Mabul yang mana terletak di bawah kawalan sepenuhnya, ESSCOM telah mengesan pergerakan mencurigakan.

Menurut sumber, pihak berkuasa telah cuba menghubungi bot yang mencurigakan tersebut bagaimanapun tidak diendahkan oleh suspek. Seterusnya anggota keselamatan telah melepaskan tembakan amaran dan dibalas dengan tembakan balas ke arah anggota keselamatan menyebabkan seorang anggota mati.

Menurut sumber lagi, seorang anggota Polis turut diculik dalam kejadian tersebut. Sama-sama kita tunggu respon pihak berkuasa untuk menerangkan keadaan sebenar.

Post a Comment

0 Comments