Thursday, July 24, 2014

Mayat-Mayat Mangsa #MH17 Diberi Penghormatan Di Belanda #Justice4MH17

Semalam mayat² mangsa pesawat MAS MH17 telah selamat tiba di Amsterdam dan dibawa untuk pengecaman dan ujian DNA bagi menentukan identiti mangsa² terbabit.



Secara peribadi saya respect dengan cara kerajaan Belanda membawa mayat² ini dengan penuh tertib dan sopan sekali. Ia termasuk juga dengan penyediaan kenderaan mayat yang membawa mangsa dari Lapangan Terbang Eindhoven, Belanda.

Mayat² akan dibawa ke Pengkalan Tentera di Hilversum, Belanda untuk siasatan selanjutnya. 



Menurut sumber lain, DNA dari keluarga mangsa telah pun diambil dan dibawa ke Belanda bagi proses mengenal identiti mangsa.

Saya mencadangkan agar kerajaan Malaysia memberi layanan yang terbaik juga untuk mayat² mangsa dari Malaysia. Berikan kepuasan kepada keluarga mangsa untuk merasa keselesaan dan dipermudahkan segala urusan mereka.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...