Saturday, July 26, 2014

PANAS : Menteri Sabah Tiada Tiket Balik Beraya? #Raya @mpkotabelud


Di kala orang ramai mula berpusu-pusu meninggalkan bandaraya Kuala Lumpur, baik dekat mahupun jauh tetapi masih ada lagi individu yang tak reti-reti nak balik kampung.

Beliau bukanlah kalangan rakyat biasa seperti kita tetapi beliau merupakan seorang yang bergelar Menteri. Bertugas di Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Abdul Rahman Dahlan.



Boleh dikatakan jadual beliau sepanjang bulan Ramadhan ini agak padat dan menariknya beliau hadir ke setiap program yang telah diaturkan.

Awal pagi ini pula, beliau bersama penduduk sekitar bergotong royong membersihkan persekitaran Tanah Perkuburan Islam Batu 3, Jalan Ipoh.


Program anjuran Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) turut dihadiri oleh Pengerusinya YM Tengku Azman Bin Tengku Zainal Abidin bersama AJK SHEB, saudara Razak (Ketua Pemuda UMNO Kepong). Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Batu, saudara Gulan Muszaffar.

Dalam program tersebut, YB Menteri turut menyampaikan sumbangan kanopi untuk kegunaan orang ramai di kawasan perkuburan yang dijangka akan dipenuhi orang ramai menjelang Syawal ini.


Tahniah kepada yang terlibat dan terbaik !


P/s : berkenaan tiket kapal terbang tu, saya pasti beliau dah beli awal. Kes naya kalau takda tiket. Maaf zahir batin Datuk, gurau-gurau je

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...