Full Width CSS

Pemuda #UMNO WP Bersolidariti Bersama Palestin Di Pavilion #KualaLumpur #saveGAZA #Pray4Gaza


Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan warga Palestin di negara ini mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman tentera Zionis membunuh penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

Ketuanya Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii berkata tindakan Israel yang tidak berperikemanusiaan itu mengakibatkan bilangan kematian dan kecederaan kanak-kanak, wanita dan warga tua Palestin yang tidak berdosa semakin meningkat.
"Kami menggesa semua pihak terutama kerajaan Mesir untuk membuka pintu sempadan ke Gaza bagi membolehkan pasukan misi bantuan kemanusiaan antarabangsa membantu mangsa kekejaman itu.

"Amerika Syarikat digesa untuk memberi tekanan berterusan terhadap rejim Zionis bagi menghentikan tindakan ketenteraan mereka serta-merta," katanya kepada pemberita selepas program #Solidarity4Gaza yang diadakan di hadapan Pavillion, Bukit Bintang Jumaat malam.


Negara-negara Arab dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) juga turut digesa untuk mengambil ketetapan tidak berkecuali bagi menekan Israel untuk menghentikan pembunuhan secara terbuka ini, katanya.

Turut hadir di perhimpunan itu Duta Palestine ke Sri Lanka dan Maldives, Dr Anwar H.Al Agha.


Mohd Razlan berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Dr Anwar bagi membuat acara lebih besar selepas Aidilfitri termasuk menghimpunkan lebih banyak rakyat Malaysia di samping mengumpulkan dana bagi tabung Palestin.

Bendera Israel turut dibakar pada perhimpunan itu.

Sumber : Agendadaily

Post a Comment

0 Comments