Full Width CSS

Pemuda UMNO WP Sokong Basmi Gelandangan Secara Positif #KualaLumpur @TengkuAdnanReal


Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menyahut saranan YB Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor yang menggesa semua pihak memainkan peranan untuk membasmi secara bersepadu golongan gelandangan dan pengemis daripada mengotorkan Kota Raya Kuala Lumpur.

Pemandangan ini adalah biasa bagi kami sebagai warga kota. Mungkin ada setengah pihak berpendapat golongan ini kurang diambil kisah oleh pihak berwajib dan ada juga mengatakan tiada penguatkuasaan secara konsisten terhadap mereka menyebabkan bilangan mereka semakin meningkat.

Bagaimanapun rekod sebelum ini pernah menunjukkan golongan gelandangan & pengemis cukup sifat iaitu bukan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang masih bertenaga pernah diberikan bantuan pekerjaan oleh agensi-agensi kerajaan. Bagaimanapun ada di antara mereka berputus asa dan meninggalkan peluang pekerjaan yang diberikan. Kemudian mengharapkan sumber pendapatan yang lebih mudah dan cepat dengan mengemis semula tanpa perlu membanting tulang empat kerat.

Gelandangan yang mempunyai masalah mental dan menghidapi HIV juga turut diberikan perhatian khusus oleh pelbagai agensi terlibat sehingga kini.

Hari ini sudah tiba masanya apabila Menteri Wilayah Persekutuan & Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersungguh-sungguh membasmi golongan ini dengan kaedah yang lebih positif. Saya berharap agar penguatkuasaan yang tegas dilakukan terlebih dahulu kepada pengemis dan gelandangan warga asing yang mencemarkan imej Kuala Lumpur sendiri secara tidak langsung.

Menurut YBM Datuk Seri Tengku Adnan, beliau membuat keputusan bersama DBKL mengambil kira faktor yang menyumbangkan kepada permasalahan sosial, keselamatan, menjejaskan imej ibu negara Malaysia yang kurang elok kepada pelancong luar dan bukan menidakkan sumbangan NGO-NGO yang telah lama membantu gelandangan di sini.

Pelaksanaan zon sifar gelandangan ini takkan berjaya sekiranya ia diharungi tanpa sokongan semua pihak terutama NGO-NGO. Sukarelawan yang terlibat membantu golongan gelandangan ini mungkin boleh memberikan buah fikiran dan perbincangan bersama pihak berwajib di mana lokasi yang bersesuaian dijadikan 'one stop centre' untuk menyampaikan makanan, memberi rawatan dan menyerahkan pelbagai barang keperluan lain sekaligus beberapa masalah boleh diatasi.

Diharapkan dengan usaha sebegini, menjelang tahun 2020 Malaysia yang bakal mengecapi negara maju akan berjaya mencapai sifar pengemis dan gelandangan di Kuala Lumpur.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO WP

Post a Comment

4 Comments

  1. Pelik kalau ada yg tak sokong. Msia boleh jadi macam negara India jika dibiarkan.

    ReplyDelete
  2. maksiat mcmne..makin bnyk kt kl ni.

    ReplyDelete
  3. Kerja paling senang dalam donia ialah jadi pembangkang...bangkang aje ! Tak perlu tanggungjawab apa2 !!......Kerajaan tak buat salah..buat pun salah juga...!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..