Full Width CSS

The Rocket Pocket Man Bakal Dikenakan Hukuman Kerana Sokong Gaza? @khairykj #SaveGaza ‪#‎WeSupportAzizulhasni‬.


Media seluruh dunia hari ini sekali memberi tumpuan kepada Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow 2014. Menariknya lagi, media dari Israel juga turut sama melaporkan berita mengenai pelumba pecut basikal negara, Azizulhasni Awang.

Pelumba basikal yang digelar the rocket pocket man ini dilaporkan media seluruh dunia, beliau dikatakan membuat protes terhadap serangan Israel ke atas bumi Palestin semasa dalam persaingan quater final. Protes yang dilihat pada glove pelumba tersebut dikatakan provokasi kepada Jawatankuasa Komanwel.

Lihat di bawah print screen laporan media seluruh dunia termasuk dari negara Israel.








Commonwealth Games Federation dalam pada itu memberitahu bahawa mereka cuba mengelakkan temasya Komanwel kali ini daripada sebarnag unsur² politik dan dijadikan platform politik oleh pihak tertentu.

"Chef de Mission Malaysia akan dihubungi untuk berbincang mengenai insiden ini dan tindakan akan diambil", menurut Badan Siasatan Komanwel.

Tapi apahal plak nak ambil tindakan pada Azizul?
Komanwel nak nafikan hal yang sebenar berlaku di Tebing Barat ker?

Kalau taknak ada unsur² politk, sepatutnya dari mula lagi Jawatankuasa Komanwel menegah kontinjen Malaysia daripada memakai lilitan hitam di lengan, memakai baju pramugari & pramugara MAS dan menaikkan bendera Jalur Gemilang separuh tiang kerana ia ada kena mengena dengan unsur politik di Ukraine. Disebabkan politik Ukraine yang tidak stabil maka pesawat MAS, MH17 dijadikan mangsa.

Maka disebabkan pesawat komersial negara ditembak, kontinjen Malaysia menunjukkan solidariti mereka bersama. Puiii apa pun tak boleh Komanwel ni.


#WeSupportAzizulhasni

Post a Comment

3 Comments

  1. kalau kena hukum jugak dgn CGF aku sarankan semua peserta malaysia boikot je sukan konanwel tu. balik malaysia beraya ditanahair sendiri lagi bagus klu dok nak layan israel lakhnatullah je yg betul...

    ReplyDelete
  2. Sorang je kena, pakat semua balik!!! Ini kerana isu selamatkan gaza adalah pendirian kerajaan malaysia. No kompromi, jangan.jadi kuda zionis!!!

    ReplyDelete
  3. Macam tu pun J/K Commonwealth game pun tak hormat pada orang Islam, buat sukan bulan ramadhan, lepas tu jadikan anjing sebagai mascot, binatang yang diharamkan dalam Islam, jawatankuasa Komanwel dari Malaysia takde telor ker untuk suarakan benda ini masa mesyuarat dulu....

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..