Saturday, July 19, 2014

Wilayah Persekutuan Lancarkan Operasi Banteras Aktiviti Haram @TengkuAdnanReal


Khusus untuk macai-macai PR membaca kenyataan rasmi dari Menteri Wilayah Persekutuan berkenaan operasi ini.

Jikan sebelum ini macai PR bermatian-matian kata kerajan hanya berminat membersihkan Kuala Lumpur daripada Gelandangan tetapi adakah kali ini macai PR berani mempertikaikan ketulusan kerajaan?

Jangan sembang banyak, tolong sebarkan kenyataan di bawah ini untuk pengetahuan semua pihak dan juga taukey-taukey pusat judi, rumah urut dan lain-lain lagi.


"OPERASI BERSEPADU MEMBANTERAS AKTIVITI-AKTIVITI HARAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR"

PUTRAJAYA, 18 Julai 2014 - Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama beberapa agensi / jabatan penguatkuasaan di Wilayah Persekutuan telah mengadakan satu operasi bersepadu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai 2014.

Operasi ini melibatkan seramai 493 orang anggota petugas dari 12 agensi / jabatan penguatkuasaan di Wilayah Persekutuan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen (JIM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pembekal Perkhidmatan Internet yang berkaitan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bertindak sebagai penasihat terhadap tindakan/operasi yang telah dilaksanakan.

Tujuan utama operasi ini dilaksanakan adalah untuk membanteras aktiviti-aktiviti haram daripada berleluasa di seluruh Wilayah Persekutuan khususnya di Kuala Lumpur. Antara aktiviti-aktiviti haram yang berlaku adalah seperti Pusat Siber yang menjalankan aktiviti perjudian melalui komputer, pusat-pusat hiburan tanpa lesen, Pendatang Tanpa Izin (PATI), penagihan dadah dan sebagainya.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan operasi kali ini ialah Taman Danau Kota, Rampai Niaga dan Taman Sri Rampai di Parlimen Setiawangsa dan Bandar Seri Permaisuri di Parlimen Bandar Tun Razak.


Hasil daripada ops tersebut, pihak Jabatan Imigresen telah menahan seramai 89 orang pendatang asing dari pelbagai negara iaitu China, Thailand, Indonesia, Vietnam, Bangladesh dan Nigeria. 21 orang telah ditahan untuk siasatan lanjut kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah atau tamat tempoh manakala 68 orang lagi telah dibebaskan.

Bagi kesalahan yang melibatkan penyalahgunaan dadah, pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menahan seramai 13 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 11 orang daripada mereka yang berumur antara 19 hingga 40 tahun telah didapati positif dadah jenis morphine manakala 2 lagi telah dibebaskan. Sementara itu, bagi kesalahan khalwat, sebanyak 3 pasangan Melayu telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk siasatan lanjut.

Selain itu, sebanyak 30 premis Pusat Siber yang didapati menjalankan aktiviti perjudian melalui komputer telah diserbu. Pelbagai barangan termasuk TV, mesin judi dan peralatan komputer seperti CPU, Keyboard dan monitor bernilai kira-kira RM 250,000.00 telah dirampas. Selain itu, beberapa aktiviti penguatkuasaan telah dilaksanakan terhadap premis tersebut kerana melanggar syarat asal permohonan lesen. Antaranya pemotongan bekalan elektrik oleh pihak TNB, pemotongan bekalan air oleh pihak SPAN / Syabas dan pemotongan perkhidmatan internet oleh pihak SKMM / TM. Sebanyak 23 premis Pusat Siber turut disita semasa operasi tersebut.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menyedari dan memberi perhatian yang serius terhadap isu aktiviti haram seperti cybercafé haram, rumah urut yang tidak berlesen, penyalahgunaan dadah, maksiat dan aktiviti-aktiviti hiburan yang semakin meningkat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Sehubungan dengan itu, Pasukan Petugas Membanteras Aktiviti Haram Wilayah Persekutuan yang telah ditubuhkan pada 16 April 2014 yang lalu akan terus melaksanakan operasi bersepadu dengan pelbagai Agensi Penguatkuasaan secara berterusan dalam menangani masalah aktiviti haram yang berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Dalam hal ini, Kementerian menyeru agar masyarakat juga dapat memainkan peranan sebagai mata dan telinga kepada Pasukan Petugas secara proaktif khususnya dalam menyalurkan maklumat supaya masalah ini dapat ditangani secara ke peringkat akar umbi. Ia boleh dilakukan dengan menyalurkan maklumat berkaitan dengan premis dan jenis aktiviti melalui talian telefon 03-88897762 ataupun email di alamat taskforcebah@kwp.gov.my. Adalah diharapkan agar usaha ini dapat membantu menangani masalah aktiviti haram yang turut menjejaskan keselesaan dan kesejahteraan warga kota khasnya di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sekian, terima kasih.

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
Menteri Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...