Thursday, August 7, 2014

Alahhh Boikot Je lah 24 Jam #McDonalds Bukannya Dorang Rugi Pun #SupportGaza



Jom teruskan niat nak boikot 24jam McDonalds hari Jumaat ni. Seperkara yang harus diingat, jangan apa-apakan staf McD kerana mereka hanyalah pekerja bukannya bos besaq kat situ. Tapi walaupun mereka bos besaq kat situ, takda guna nak apa²kan mereka. Sebab objektif utamanya adalah untuk memboikot premis & perniagaan mereka.

Tapi ramai betul nak jadi hero McD kali ini. Beriya-iya nak mempertahankan nasib pekerja di sana walhal McD takkan rugi pun kalau sehari boikot.

Yang nak jadi hero ni, pi perjuangkan nasib pekerja sana lah kalau still merasakan kepentingan Melayu mengatasi kepentingan Islam yang berpuluh tahun di serang Zionis kat Palestin tu. Bantu mereka carikan kerja lain yang berlambak-lambak sehinggakan orang luar negara beribu-ribu kilometer boleh dapat di Malaysia ni.

Perlu diingat, anak Melayu yang hilang kerja di McD Malaysia nasibnya tak seperti anak-anak Palestin yang terburai perut & pecah kepala akibat terkena bedilan peluru dari Israel.

Ada seorang kawan tanya kat mana nak berkumpul boikot McDonalds hari Jumaat ni. Boikot tu bukannya nak berhimpun depan McDonalds, cukuplah sekadar kita tidak berbelanja di McDonalds pada hari tersebut. Duduk rumah goyang kaki tengok drama Filipina pun ok gak. Itu pun boikot kan.

Jom boikot !

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...