Full Width CSS

Anak Malaysia Uruskan Rel Di Mekah Sempena Musim Haji


Alhamdulillah, ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan apabila dunia kian nampak kebolehan dan kepakaran anak-anak tempatan dalam kepelbagaian sektor.

Untuk musim Haji akan datang ini, Prasarana melalui ERL telah diberi pengiktirafan kerajaan Arab Saudi untuk memberi khidmat sokongan kepada pengangkutan awam bersempena musim Hari Raya Aidiladha

Berikut statistik yang perkongsian bersama para Pembaca :

- 12 tenaga mahir pertama berlepas hari ini.
- seramai 40 orang tenaga mahir rel terlibat.
- perkidmatan rel antara Kota Mekah, Mina & Mudzalifah.
- perkhidmatan rel ini hanya digunakan setahun sekali saja iaitu pada musim Haji.
- lebih 2,000,000 jemaah haji akan menunaikan Rukun Islam ke 5 tahun ini.
- lebih 800,000 jemaah haji dijangka menggunakan perkhidmatan ini.

Pengarah Kumpulan Divisyen Rel Prasarana, Haji Khairani Mohamed berkata inilah peluang untuk wakil negara tunjukkan kepada dunia keupayaan & kepakaran tenaga mahir Malaysia mengendalikan operasi rel.

“Anda semua juga berpeluang menunjukkan kepada dunia tentang keupayaan kita mengendalikan operasi rel. Hanya kita dan ERL dipilih oleh Makkah Metro untuk membantu operasi mereka. Ini adalah satu pengiktirafan besar kepada Malaysia dan Prasarana,” katanya ketika bersama-sama kakitangan Prasarana mengucapkan selamat jalan kepada pegawai kumpulan pertama ke Mekah.

Untuk makluman bersama, pegawai tenaga mahir Malaysia juga akan bertanggungjawab untuk melatih para pekerja tempatan bagi operasi rel.

Post a Comment

0 Comments