Wednesday, August 27, 2014

#Bajet2015 : Wujudkan Makmal Kajian Bina Rumah Kos Rendah Di Bandar Untuk Golongan Muda - @razlanrafii


Kerajaan digesa mewujudkan makmal kajian melalui Bajet 2015 bagi mendalami isu jurang pendapatan masyarakat yang menyebabkan wujudnya masalah golongan bumiputera khususnya generasi muda hari ini yang masih tidak mampu membeli rumah sendiri.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Mohd. Rafii berkata, makmal ini juga perlu mengkaji tahap permintaan yang tidak seiring dengan penawaran bagi rumah kos rendah serta rumah mampu milik yang masih tidak mencukupi dalam memenuhi keperluan warga ibu kota.

"Kajian ini mesti mengeluarkan satu mekanisme bagaimana langkah mengatasi harga hartanah di sekitar Lembah Klang yang melambung tinggi pada hari ini.

"Ini kerana kita melihat jurang pendapatan antara golongan berpendapatan tinggi, sederhana dan rendah terlalu jauh sehingga menyebabkan penawaran rumah bagi golongan sederhana dan miskin di bandar ketinggalan. Ini yang menyebabkan mereka masih tidak mampu memiliki rumah sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Razlan berkata, ketika kerajaan meneruskan program pembinaan rumah mampu milik kepada rakyat, fokus utama juga harus diberi untuk membina dengan lebih banyak rumah kos rendah bagi golongan berpendapatan rendah.

"Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan warga bandar terutama di Lembah Klang. Jadi, perlu ada mekanisme lain bagi memastikan kediaman bagi generasi muda bumiputera mencukupi dalam tempoh 10 tahun akan datang," katanya.

Beliau berkata, keutamaan juga perlu diberi kepada pasangan muda yang baharu berkahwin dan tinggal di bandar untuk membeli rumah sendiri.


"Kita sedar kerajaan telah banyak mewujudkan program perumahan mampu milik termasuk rumah transit bagi pasangan baharu berkahwin namun perlu juga ada perancangan jangka panjang demi kebaikan mereka dan keluarga yang bakal berkembang.

"Rumah transit yang dibina juga belum tentu dapat menampung permintaan tinggi lebih-lebih lagi apabila kira-kira 100,000 pasangan baharu berkahwin direkodkan menetap di Lembah Klang setiap tahun," katanya.

Menurutnya, satu perangkaan perlu dibuat dengan menetapkan sasaran bagi memenuhi permintaan rumah mampu milik yang semakin mendesak selain melaksanakan penambahan seiring dengan keperluan di sekitar ibu negara.

Menyentuh mengenai peluang perniagaan bagi orang Melayu, Mohd. Razlan berkata, kerajaan juga perlu mencari mekanisme agar golongan bumiputera dapat memiliki premis-premis perniagaan sendiri tanpa perlu lagi menyewa bangunan.

Beliau berkata, peluang perniagaan bagi golongan bumiputera juga wajar diberi perhatian serius oleh kerajaan dalam Bajet 2015 ini memandangkan pelbagai sektor perniagaan dilihat semakin berkembang pesat di sekitar Lembah Klang.

"Banyak peluang perniagaan wujud di bandar namun kadang-kadang tidak sampai ke peringkat akar umbi. Jadi, mereka tidak tahu sistem atau situasi untuk menjalankan perniagaan sebenar dengan betul," katanya.

1 comment:

  1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH KABOIRENG yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH KABOIRENG dan dengan senang hati MBAH KABOIRENG mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi MBAH KABOIRENG semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH KABOIRENG DI 082=322=212=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama MBAH KABOIRENG KLIK TOGEL 2D 3D 4D 6D DISINI











    saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH KABOIRENG yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH KABOIRENG dan dengan senang hati MBAH KABOIRENG mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi MBAH KABOIRENG semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH KABOIRENG DI 082=322=212=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama MBAH KABOIRENG KLIK TOGEL 2D 3D 4D 6D DISINI

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...