Wednesday, August 20, 2014

Kelam Kabut Pengarah Rambu Ramba PKR Menjawab Isu Langkah Kajang


Hari ini, tiba-tiba sahaja Rafizi Ramli mendedahkan yang Kristi adalah nama seekor kucing, bukan seorang wanita kulit putih. Hari ini, tiba-tiba sahaja Rafizi Ramli tuduh penggiat media sosial pro-UMNO bikin cerita, kononnya dia ada skandal dengan orang putih, sedangkan nama yang disebut adalah kucing kesayangannya.

Dan hari ini juga, sama seperti semalam ketika disoal oleh SPRM, Rafizi Ramli langsung tidak dapat menunjukkan bukti untuk menyokong tuduhan dan dakwaannya itu memandangkan CERITA SKANDAL RAFIZI RAMLI DENGAN WANITA KULIT PUTIH BERNAMA KRISTI, hanya baru diketahui menerusi mulut Rafizi Ramli sendiri hari ini!
Sebabnya, selama ini Rafizi Ramli menunjukkan ciri-ciri seorang gay tulen yang bencikan wanita. Ditambah pula dengan masalah rumahtangganya yang belum lagi selesai, membuatkan ramai yang tidak akan terlintas di fikiran, Rafizi Ramli akan pada sebarang masa atau pada sebarang alasan, mempunyai hubungan peribadi dengan mana-mana wanita.

Pendedahan satu dokumen ringkasan KAJANG MOVE telah menyebabkan Rafizi Ramli keluar dari tempat persembunyian. Dan seperti biasa, Rafizi Ramli setiap kali sudah terperangkap, akan segera mengeluarkan kenyataan, menafikan pembabitannya kalau tidak pun dokumen yang sedang tersebar. Manakala konco-konconya pula cuba memberikan tekanan agar pihak pertama yang mengeluarkan dan menyiarkan dokumen tersebut ketakutan kerana diancam saman memandangkan Rafizi meniru kaedah Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim yang akan menyaman sesiapa sahaja yang boleh menyebabkan mereka terkantoi.

Paling menarik ialah apabila Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil pula cuba membuat penafian terbodoh yang mampu dilakukannya apabila mengatakan, Rafizi Ramli tidak pernah menyatakan tentang sebarang 'LANGKAH KAJANG' sebaliknya yang disebut oleh Rafizi Ramli adalah SERAMPANG KAJANG.


Namun pada 29 Januari 2014, beberapa bulan sebelum PRK DUN Kajang, Rafizi Ramli sudah pun menyebut 'LANGKAH KAJANG' yang mahu meletakkan Anwar Ibrahim sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru menggulingkan Khalid Ibrahim walaupun sebelum itu, dinafikan Anwar mahukan jawatan berkenaan.

Polemik perebutan jawatan Menteri Besar Selangor berlanjutan dalam LANGKAH KAJANG sehinggalah akhirnya ADUN Kajang meletak jawatan dan Wan Azizah menang setelah Anwar Ibrahim tidak layak kerana dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan.

Alasan-alasan yang diberikan oleh Rafizi Ramli dengan Fahmi Fadzil terlalu remeh dan dangkal, malah dilihat hanya satu penafian kosong. Dokumen berkenaan dikatakan palsu tetapi pada masa yang sama, baik Rafizi mahupun Fahmi cuba pula menafikan tentang KAJANG MOVE atau LANGKAH KAJANG yang mereka sendiri cipta.

Lebih menarik ialah apabila UMNO pula dikatakan mencipta dokumen tersebut!!!

Elok juga kalau Fahmi mahupun Rafizi menunjukkan sendiri dokumen KAJANG MOVE yang asal dan dibandingkan dengan dokumen yang dikatakan palsu itu.

Atau barangkali Rafizi dan Fahmi akan kata, nak tunjuk macam mana kalau benda tu tak ada, tidak seperti tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkannya selama ini tetapi dia gagal menunjukkan bukti tetapi perlu juga diterima sebab yang menuduh adalah dia?

Macam dalam kes Rafizi tuduh Khalid Ibrahim makan rasuah dan kepada SPRM, Rafizi mengakui, dia tidak ada bukti!

Sumber : Flying Kick

1 comment:

  1. Orang melayu kena bijak mengundi orangcina sudah lama bijak undi untuk kepentingan org cina...orang melayu selangor...melayu sempati hj hadi dlm pas...melayu sempati tski dlm pkr...melayu umno...dan melayu atas pagar bila dun selangor dibubar ...undi melayu perlu undi untuk kepantingan umat melayu..islam dan raja...yg penting jangan undi parti pkr...tolak calon pkr dan calon pas yang libral....yang paling penting jangan beri undi pada calon pkr......selangor untuk sekangor....tolak pkr ....melayu kena bijak undi...say no to pkr....TOLAK PKR ISLAM SELAMAT

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...