Friday, August 15, 2014

Malam Ini Jom Kita #DoaUntukMalaysia Di #DataranMerdeka @NajibRazak @MuhyiddinYassin


Bersempena sambutan Hari Merdeka ke 57, kerajaan menganjurkan program keagamaan dan kerohanian yang akan diadakan di Dataran Merdeka dan yang paling penting orang ramai dijemput untuk bersama² mendoakan kesejahteraan negara.

Dijangka Pemimpin negara akan menghadiri program ini.


Berikut adalah maklumat lanjut program #DoaUntukMalaysia & Malam Cinta Rasul.

Aturcara
6.30 pm - Majlis Zikir
7.30 pm - Solat Maghrib Berjemaah
              - Bacaan Yassin
              - Tahlil
              - Ketibaan Perdana Menteri

8.50 pm - Solat Isyak Berjemaah
             - Solat Hajat Berjemaah
             - Bacaan #DoaUntukMalaysia
             - Program Malam Cinta Rasul bersama Habib Syech, Anak Warisan Kasih, Inteam dan Al Mawlid

11.00 pm - Program Tamat

* Orang ramai yang dihadir dimohon untuk membawa sejadah dan air mineral (bersih) untuk kegunaan mengambil air wudhuk jika keadaan terlalu ramai orang. Bagaimanapun penganjur ada menyediakan tempat mengambil wudhuk.


Sehubungan dengan itu, orang ramai disaran menaiki pengangkutan awam seperti LRT. Untuk makluman bersama, perkhidmatan LRT RapidKL akan dilanjutkan sehingga jam 12:30 tengah malam.

Makluman lanjut, sila rujuk Facebook RapidkL atau Twitter @MyRapidKL

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...