Friday, August 15, 2014

PAS Kata Tak Sokong Wan Azizah Jadi #MenteriBesar, Bohonglah !


Alahhh poyo je PAS ni kata dorang tak sokong Wan Azizah jadi Menteri Besar Selangor. Dorang kata lebih yakin dengan kepimpinan Khalid Ibrahim. Puiii ini cerita politik beb, bukannya cerita cinta. Politik boleh jadi macam². Kawan jadi lawan, lawan jadi kawan.

Ok, cuba korang pikiaq sikit plot politik Selangor ni.

PERTAMA
PAS hanya berani nyatakan pendirian dorang di Selangor iaitu mengambil ketetapan tidak bersekongkol dengan PR mengenai isu Menteri Besar. Ramai pengikut dan pemerhati luar bersorak dan bertepuk tangan tanda respect kepada pendirian PAS.

Sebenarnya kita telah dihanyutkan dengan khayalan dongeng PAS. Mengapa PAS nyatakan pendirian di Selangor saja?

Mengapa tidak diterjemahkan ke seluruh Malaysia yang PAS tak bersama dengan PR dan bukannya terhadap isu² terpilih saja?

Sepatutnya PAS bertindak menyuarakan untuk keluar daripada PR walaupun umum ketahui, PAS bukannya ada kerusi banyak pun di negeri² lain kecuali di Kelantan.

Untuk info, kerusi DUN terbanyak dimiliki PAS ialah di Kelantan iaitu sebanyak 32 kerusi diikuti dengan negeri Selangor sebanyak 15 kerusi dan sebanyak 14 kerusi di Terengganu.


KEDUA
Mengapa tiada pun pemimpin dari PKR ataupun DAP yang melenting atau istilah yang lebih tepat ialah memaki hamun PAS disebabkan berpendirian begitu?

Bukankah si Guan Eng & Kit Siang kaki tibai wakil Cina DAPig selalu suarakan rasa tidak puashati tentang itu dan ini. So bila dah naik isu PAS tak bersama ni, diam pula mereka seolah² mereka menganggap PAS tak pernah wujud.

Adakah ini plan B daripada Anwar untuk menampakkan seolah² PR sedang berpecah?

KETIGA
Cuba ingat kembali Kajang Move.

Memula desas desus kata Anwar bakal jadi calon, tiba² isterinya pula jadi calon dan menang kat DUN Kajang. Siapa sangka Wan Azizah boleh jadi calon dan menang di sana. Plot cerita kes Menteri Besar ni pun lebih kurang juga.

Sekarang ni kecoh Wan Azizah nak jadi Menteri Besar Selangor, tunggu nanti tengok maybe lah PR akan letakkan wakil PAS jadi Menteri Besar pula.

3 comments:

  1. macam mana lah nak nasihatkan PAS yang tengah bercelaru..dalam 1 kem ada 2 puak..satu sokong ulama yang satu lagi pro-liberal sokong KETUM..kes ni pun Presiden tak boleh handle..letih lah..mana aci pro-liberal sokong orang luar kecuali Presiden..depa ni setia sama siapa? kalau KETUM masuklah PKR..ni tamak dua dua nak sapu..jawatan nak dalam PAS/EXCO..jiwa diserahkan pada KETUM..macam isteri harta benda wang ringgit suami nak tapi jiwa raga pada kekasih..HARAM tu..

    ReplyDelete
  2. PAS jangan jadi bodoh, Tetapkan pendirian. PKR dan DAP terpaksa mengikut kehendak kamu untuk ke Putrajaya.

    ReplyDelete
  3. Biarlah TSKI mengadap DYMM dan jika betul TSKI hilang majoriti, DYMM kena fikir dan buat keputusan samada nak bubar DUN atau TSKI letak jawatan MBnya serta kabinetnya. Undang2 tubuh tak beri hak Dato Seri Wan Azizah jumpa DYMM hanya TSKI (pi baca undang2 tubuh).
    Bilamana DYMM putus tak mahu bubar DUN, TSKI hendaklah letak jawatan. Masa tu barulah DSWA bole mohon mengadap Tuanku. Kalau DYMM putuskan bubar DUN, takpayahlah DSWA jumpa Tuanku.
    Persoalannya, isu sokongan majoriti nak tunggu DUN bersidang dan dibuat disidang DUN itupun satu isu undang2. Kalau saya punaisihat, saya rasa elok dan sempurna buat masa sessi DUN kerana keputusannya jelas/ muktamad tidak ada sekejap ada majoriti kemudian tak ada majoriti.
    Isunya adalah prosedur. Kalau ada majoriti, prosedurnya seeloknya buat di DUN atau bawah pokok? Ini sekejap sokong kejap kemudian u turn - "binggunglah" DYMM.
    Ikut undang2 Tubuh, DYMM perlu diberi pilihan dulu untuk bubarkan DUN atau tidak, jika tidak barulah TSKI dikehendaki meletakkan jawatannya. Tuanku titah dah tunggu hingga dia balik pada 27 Ogos. TSKI kenalah tunggu dulu. Yang lain tunggulah juga. Bukan begitu? Sementara tu duduk diam2 dan jangan meroyan. Reti bahasa atau tidak? Jika Pakatan ada majoriti, tunggulah sessi DUN bulan November untuk undi tidak percaya.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...