Full Width CSS

Tak Sabar Menunggu Lagi Kenyataan Populis KJ @KhairyKJ


TAHNIAH kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin yang telah berjaya melonjakkan namanya kembali hari ini dalam senarai orang popular di Malaysia berdasarkan kenyataan populis semalam. Setelah seminggu nama beliau tenggelam dek kemelut politik di Selangor, hari ini beliau mencipta kejutan berdasarkan keadaan semasa yang tidak sesuai sama sekali.

Saya terpanggil untuk menulis berkenaan kenyataan KJ yang tak kisah sekira pekerjanya kelak seorang yang profesional tetapi tidak menyokong beliau dan mengundi parti Barisan Nasional (BN) kelak. Antara sebab musababnya ialah KJ berharap pekerjanya mengutamakan integriti semasa bekerja dan tidak membocorkan maklumat sulit dari pejabatnya atau mana² institusi kerajaan mereka bekerja.

Saya pasti pejabat beliau tu bermaksud Kementerian lah dan bukannya syarikat persendiriannya kan.

Bagaimanapun itu hanyalah pandangan sempit seorang Pemimpin muda yang bercakap kerana di depan matanya hanya kelihatan kumpulan kecil profesional dari Pembangkang sahaja. Sebaliknya beliau tidak menoleh ke tepi dan belakang untuk melihat ratusan mungkin ribuan pejuang tanpa wajah dari sayap UMNO yang berkempen siang malam membantu parti supaya KJ menjadi Menteri.

Dalam kenyataan tambahan di laman Facebook nya, KJ menegaskan sekali lagi bahawa ada pendapat yang mahukan penjawat awam menyokong kerajaan pemerintah sekarang adalah agak kuno pada masa sekarang.

"Mungkin ada yang berfikiran konservatif yang tidak boleh terima pandangan saya ini. Bagi mereka apa yang penting adalah kesetiaan total. Saya rasa pandangan sedemikian agak kuno pada zaman sekarang'. - KJ

KJ tegaskan lagi bahawa beliau inginkan sokongan atas dasar sukarela dan tidak dipaksa². Ya mungkin benar apa yang diingini oleh KJ tetapi keadaan tersebut boleh berlaku dan membuahkan hasil sekiranya pemerintahan BN pada hari ini berlangsung secara smooth, tiada cacat celanya, tiada pengkhianat dalam jabatan Kerajaan dan Pembangkang bersikap seperti tahun 90-an iaitu tidak membabi buta mengeluarkan fitnah secara berleluasa. Jika tiada perkara² tersebut, Insyallah BN boleh menang dengan jayanya.


Tetapi hari ini dunia dah berubah wahai KJ, tiada lagi istilah 'mengenang budi'. Sedikit saja kesilapan daripada KJ, jemaah Menteri atau jabatan Kerajaan walaupun bukan daripada UMNO, ia pasti memberi effect 200% kepada parti pemerintah. Belajar dari kesilapan lepas iaitu semasa PRU13. Kesilapan kita ialah mengutamakan kepentingan peribadi bukannya kepentingan agama, bangsa & negara ketika itu.

Bayangkan seorang pekerja KJ memberikan 1 undi kepada Pembangkang. Ia berkemungkinan besar boleh menyebabkan kerajaan BN hari ini tumbang dan PR menjadi kerajaan Persekutuan. Bila keadaan berikut berlaku, apakah yang akan terjadi kepada kita? Cuba lihat beberapa contoh yang telah terjadi dan sedikit mudah untuk difahami oleh KJ jika PR berkuasa kelak, unless he doesn't care lah.

1. Kerajaan PR Perak : apabila mereka berkuasa menakluki Perak ketika PRU 2008, masihkah KJ ingat ketika itu nasib 13,000 kanak² sekolah tadika KEMAS yang tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kerajaan pimpinan Nizar menutup lebih 700 kelas tadika KEMAS.

2. Kerajaan PR Perak : menganugerahkan hak milik / kelulusan geran tanah Kampung Baru Cina selama 999 tahun di seluruh negeri.

3. Kerajaan PR Selangor : mengarahkan dua buah Pusat Giat Mara ditutup iaitu di Sabak Bernam & Selayang.

4. Kerajaan PR Selangor : menghalang pembinaan UiTM di Serendah, Hulu Selangor di atas tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor.

5. Janji Pakatan : bila berkuasa kelak, mereka akan mengurangkan jumlah kakitangan awam di jabatan² kerajaan kerana nak kurangkan kos.

Jika nak diikutkan banyak lagi perkara² yang telah berlaku disebabkan sikap 'tak mengapa' & 'biarkan' yang KJ cuba lakukan. Harus diingat, sedikit kesilapan saja bakal membawa padah dan yang paling sengsara bukannya KJ tetapi anak² bangsa masa hadapan.

Kena perhatikan mengapa hari ini pemimpin² 'otai' UMNO & BN berkali² tegas mengingatkan penjawat awam supaya memberi sokongan kepada kerajaan. Kerana ia langkah direct to the point bagi mempastikan tiada kakitangan awam berani melakukan kerja² Pembangkang di dalam pejabat dan akhirnya gagal memberikan undi kepada BN. Cakap direct bahawa mereka WAJIB sokong kerajaan sekarang, itu yang sebenarnya kita nak dan bukan berkias² atau bermadah helah mendapatkan undi mereka.

Tetapi..

Bolehkah kakitangan awam yang menyokong pembangkang setia kepada kerajaan?
Adakah mereka tak kempen politik semasa kerja?
Adakah mereka tak sabotaj kerja² kerajaan?
Adakah rahsia kerajaan disimpan dengan baik?

Walhal yang dah angkat sumpah simpan rahsia rasmi tetap belot share maklumat sulit kepada third party.

KJ harus fikir soal ini secara lebih terperinci. Jangan ingat 1 undi daripada staf beliau tidak memberikan sebarang effect kepada kerajaan dan jangan berharap pada kami ahli UMNO yang melebihi 3juta orang ini saja untuk membantu menentukan nasib bangsa dalam kotak undi PRU.

Pembaca harus sedar, ini adalah salah satu daripada permainan yang telah dirancang oleh beliau, bagaimana mencipta kejutan hari ini kemudian mendapat perhatian dan akhirnya mendapat pengiktirafan Perwakilan Pemuda UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO kelak.

Stop trying to be popular.

Lebih baik KJ fikirkan cara dan bagaimana menambah bilangan ahli UMNO dan sokongan terhadap kerajaan BN secara lebih effective dan dijamin 100% dapat undi mereka. Tak perlu lah kot keluarkan statement yang geli² ni.

HIDUP KJ !

P/s : Dun wori KJ, in the end of this story, I'm sure u'll become popular. Harap² nanti Pejabat Pemuda UMNO pun boleh gajikan pekerja yang menyokong & mengundi Pembangkang, takpe kan?

Post a Comment

9 Comments

  1. nasib pejuang mcm tu la brader, pemimpin tak kisah.

    ReplyDelete
  2. PATUT AMBIL HATI PENYOKONG BUKAN HATI PEMBANGKANG !!!!

    ReplyDelete
  3. salah satu penyebab rakyat meluat dengan BN...mamat ni penyumbangnye...kalau aku dah kaya...takyah la berpoilitik...kumpul dharta byk2, lepas tu buat kebajikan..ya Allah permurahkan rezki kami...amin..

    ReplyDelete
  4. Menarik bro.. congrats

    ReplyDelete
  5. Si keparat ni lupa yang undi dia adalah orang-orang UMNO Rembau, melingkup lah ko kalau bertanding lagi nanti. Ini doa kami!

    ReplyDelete
  6. HAHAHAHA.....KJ....ORG BANGANG JE YG UNDI DIA NI.....TGK BACKGROUND LA...NI LA MAKHLUK YG TELAH BNYAK MEMPORAK PERANDAKAN POLITIK TANAHAIR....BN HAMPIR LINGKUP KERANA PECATURAN BODOH DUNGU....KONON2 TERAMAT PANDAI BUDAK HINGUSAN NI.....LETAK CALON DI SEMUA NEGERI IKUT TELUNJUK DIA JE....AKIBATNYA....SELANGOR HILANG...KEDAH HILANG...APA SEBAB....KERANA KJ BERDENDAM DGN TUN M

    DI N9 SMPAI SKRANG MASIH BERPUAK2 DGN MB N9....SEMUA PASAL PRU MASA PAK MERTUA DIA JD PM....PRU13 KJ CUBA TUNJUK PANDAI....MB N9 TAK LAYAN

    DIA NI MEMANG TAK LAYAK DUDUK APA JAWATAN PUN DLM KERAJAAN BN...SEBAB....TINDAKAN2 DIA MMG BNYAK BERI PELURU KPD PR....INGAT...ANWAR BEBAS DI BAWAH REGIM SIAPA....APAHAL KJ JADI BARUA HANTAR PASPORT KAT ANWAR PULAK....TAK LAIN SEBAB UTK TANGKIS SERANGAN ORG2 TUN M

    BERAPA BNYAK KERJASAMA KJ BUAT DGN SINGAPORK....SAHAM TEMASIK...APA CITEEER....TUN M HANGIN SATU BADAN BILA SALAH SATU SAHAM BERPROFIL TINGGI KJ JUAL RM ?????....

    KJ NI MASUK BIDANG APA PUN SEMUA DIA NAK TUNJUK GEDEBE.....DGN FAM....DGN COMWLTH DELEGATE....BASIKAL....MCM BAPAK DIA PUNYA NEGARA NI !!!

    ReplyDelete
  7. Mansuhkan Perintah Bab D dan sebab apa nak setia pad kerajaan yg x setia pada kita..sebab tu maklumat kerajaan lepas ke pembangkang..aebab manusia mcm nilai..Esok da berkuasa ..semua akta d mansuhkan..tengok suami Rosmah. Mansuh..yg dia x berana mansihkan Betina sekor ni aja..lain dia berani

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..