Full Width CSS

Al-Fatihah : Undang Luak Jelebu Meninggal Dunia




Undang Luak Jelebu, Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Musa Wahab 77 tahun, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini malam tadi selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya lewat petang semalam.

Pegawai Daerah Jelebu, Mohamed Roduan Ujang ketika mengesahkan perkara itu memberitahu, Almarhum tidak sedarkan diri ketika dibawa ke HTJ untuk mendapatkan rawatan.


“Almarhum terjatuh dan telah dibawa ke HTJ. Almarhum disahkan meninggal dunia di hospital malam ini," katanya ketika di hubungi di sini.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Jalaluddin Alias semasa ditemui di HTJ memberitahu beliau dimaklumkan Almarhum terjatuh kerana serangan jantung.

“Jenazah Almarhum telah dibawa ke Balai Undang Jelebu pada pukul 10.30 malam ini dan akan disemadikan esok selepas solat Jumaat di Jelebu," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri.

Sementara itu, di pekarangan HTJ, beberapa orang kenamaan dilihat berada di situ termasuklah Undang Luak Rembau, Dato' Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus al-Qadri.

Almarhum dinamakan sebagai Undang Luak Jelebu pada 4 Februari 1980 dan dimasyhurkan pada 20 November 1981 mengikut adat istiadat negeri ini.

Post a Comment

0 Comments