Full Width CSS

Apa Keistimewaan PAS Yang Boleh Dibanggakan Selain Fitnah? #PengkalanKubor #KlateMove #PRKPengkalanKubor


Tak tahu celah mana nak start cerita pasal keistimewaan PAS ni. Tapi saya rasa para Pembaca pun tak tahu apa kelebihan yang ada pada PAS selain menfitnah dan memburukkan lawan.

Yang ada pada PAS ialah fitnah dan burukkan lawan sehabis mungkin. Umpama sudah menjadi makanan ruji mereka gejala fitnah ini. Apa saja yang boleh dispin dan mendatangkan 'kecederaan parah' ataupun lumpuh kepada lawan, itulah mereka akan lakukan.
Soal integriti dan semangat bertanding secara bersih / sihat, sudah tiada dalam kamus perjuangan PAS.

Apabila kepimpinan mereka menabur menfitnah, mendoakan kecelakaan kepada UMNO dan melakukan sabotaj maka tidak hairanlah sekiranya perkara tersebut ditauladani oleh pengikut mereka kerana bagi ahli fanatik ia seumpama perkara yang dihalalkan dalam perjuangan PAS.

Pewakilan-perwakilan PAS pada sidang Muktamar yang baru berlangsung minggu lepas marah apabila seorang Perwakilan mendoakan keburukan dan mengaibkan kepimpinan mereka sendiri. Mengapa pula mereka perlu marah walhal ia merupakan 'ajaran' kepimpinan mereka selama ini.

Pemimpin PAS dilihat seolah-olah cuba mengajar anak ketam berjalan lurus padahal mereka sendiri berjalan terhuyung-hayang seperti orang mabuk ketum

Kepimpinan melalui tauladan.

Post a Comment

0 Comments