Full Width CSS

Apasal SPAD Masih Benarkan Teksi Sapu Uber Beroperasi? @NajibRazak @AduanSPAD


Pelik betullah dengan kenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) baru² ini yang masih membenarkan teksi Uber beroperasi dalam negara ni walhal umum ketahui syarikat perkhidmatan tersebut tidak mempunyai lesen operasi daripada SPAD.

Bahkan mereka telah melakukan kesalahan menggunakan kenderaan persendirian / peribadi membawa & mengangkut penumpang seperti umpama pengangkutan awam. Telah tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Ditambah lagi dengan kesalahan pemandu yang tidak mempunyai lesen Kenderaan Perkhimatan Awam (PSV).

Atau dalam istilah yang tepatnya adalah teksi sapu ataupun teksi haram.


SPAD kata,

"Dalam usaha untuk menentukan Uber mematuhi undang-undang Malaysia, SPAD telah cuba menghubungi Uber menerusi telefon dan e-mel, tetapi setakat ini Uber belum memberikan respons."

Halooo SPAD !!

Awatlah hangpa bijak sangat, pergi saja lah buat serbuan terhadap syarikat ni. Dorang jelas dah lakukan kesalahan yang jelas dan bukannya tak da bukti pun. Bukti boleh dapat dengan cepat kalau penguatkuasa tahu nak mainkan peranan masing². Takkan penguatkuasa SPAD nak tangkap pemandu teksi Lembah Klang yang tak pakai seluar color gelap je kot?

Meh sini saya ajar sikit menggunakan idea bodoh dari saya cara bagaimana nak tangkap pesalah yakni pemandu teksi Uber dengan cara paling pantas dan berkesan. Ajak Pengerusi SPAD sekali baca artikel ni, supaya arahan boleh dikeluarkan oleh beliau kepada pegawai di bawahnya.

1. Download aplikasi Uber di dalam smartphone anda - https://www.uber.com/cities/kuala-lumpur
2. Booking / buat tempahan untuk teksi Uber ke destinasi pilihan anda.
3. Lakukan intipan dan temu bual atau dalam cara yang paling senang sekali, rakam perbualan antara pegawai yang menyamar menjadi penumpang bersama pemandu.
4. Lakukan operasi tangkapan terhadap pemandu & syarikat.

Takkan semua ni nak diajar lagi. Ker sebenarnya SPAD tak pasti apa jenis tindakan penguatkuasaan yang perlu diambil terhadap syarikat yang telah beroperasi di lebih 70 bandar seluruh dunia ni? Tak kisahlah penumpang tu happy ker dengan perkhidmatan teksi Uber tapi yang penting ambil tindakan.

Dah la semua perkhidmatan teksi Uber tak da jaminan keselamatan serta perlindungan insurans. Entah² kereta yang digunakan tu second hand ker atau kereta potong ker mana lah tahu apa² jadi nanti.

So agak²nya bila SPAD nak betul² kuatkuasakan undang² terhadap teksi Uber? Nak tunggu sesuatu terjadi terlebih dahulu ker atau nak biarkan je?

Atau sebenarnya SPAD tak kisah jika ada lagi 3 ataupun 4 syarikat yang sama beroperasi di Malaysia sebab mungkin bagi SPAD ia tak menyusahkan Suruhanjaya tersebut ketika ini dan rintihan pemandu teksi Malaysia terutama di Lembah Klang biar diambil remeh saja.



P/s : Apa guna unit task force yang pakai kereta Inspira tu?

Post a Comment

7 Comments

  1. SPAD ni mengabiskan boreh aje...Syed Hamid boleh berundur dah gamaknya...dan hapuskan SPAD ni...Badan penguatkuasa JPJ dan POLIS dan lebih dari mencukupi untuk menguatkuasakan undang undang dijalan raya.

    ReplyDelete
  2. Kata SPAD, nak buktikan kereta sapu bersalah di mahkamah harus ikut SOP

    Pabila penumpang keluar dari terminal seorang perayu kereta sapu mendekati penumpang itu- kemudian membawa ke kenderaan - kena ikut keta sapu sampai destinasi- penumpang turun dan buat bayaran - waktu tu baru tangkap.
    Bolehkah macam tu? Bodoh sangat ke keta sapu nak minta duit bayaran depan SPAD. Kami teksi ikut undang2 kerajaan jadi susah cari makan. Lebih baik takpayah adakan teksi yg sah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dengaq ada gak depa tangkap cara buat penyamaran... tapi tu la. pemandu prebet sapu pun bukan bodo. ada yg boleh bau2 SPAD yang naik tu... kena buat kelas berlakon kot hahaha. Kalau lakonan x jadik susah gak...

      Delete
  3. Betul lah tu. Spad takut kut nak ambik tindakan sbb taktau apa jenis akta nak disabitkan. Admin blog kata tu betul.

    ReplyDelete
  4. Masalahnya peruntukan undang2 tu takde...itu la. Itu la depa tak berani, takut kena balik kat depa...kat negara lain pun jadi kecoh pasal undang2 tak secara tepat kena mengena hal uber nih...macam kat UK, US... tu pasal haru biru caca merba..... satu lagi pasal sepatutnya Uber ni bukan syarikat teksi, dia syarikat buat program tepon pintar jer

    ReplyDelete
  5. Kalau tak leh jalankan tugas , lantik la "Rakan SPAD" . In-sya-Allah Rakan SPAD akan bekerja keras membantu penguatkuasaan..... Pertimbangkan

    ReplyDelete
  6. Ntah kat airport penang belambak..mereka menguna kan servis seperti yg mempunyai lesen yg dibenar...padahal nya apa permit pun tiada..dan mempunyai kuanter yg mempunyai resit perjalanan yg haram..amik tindakan yg sepatutnya bukan dengan terima rasuah suapan..cuba buat lakonan seperti org awam tungu dari pagi hari hinga lewat malam..mereka ini mempunyai perhubungan baik sesama pemandu sapu lain..sekali nampak spad semua dah hubungi kawan2 masing2..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..