Full Width CSS

#Bajet2015 [Part 2] : Pemuda UMNO WP Gesa Kerajaan Henti Jual Tanah Kepada Pemaju


Sambungan Part 1

PEMUDA UMNO Wilayah Persekutuan berpendapat bahawa suatu pelan jangka panjang perlu diwujudkan bagi mengelakkan pemaju mengaut keuntungan berlipat kali ganda terutama di kawasan strategik sekitar Lembah Klang.

Kerajaan harus menghentikan penjualan tanah kepada pemaju, sebaliknya menyediakan tanah untuk dibangunkan dengan perumahan awam dan rumah mampu milik. Lebih murah tanah, lebih murah kos sebuah rumah untuk dibina.

PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB), syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Felda atau mana-mana yayasan perlu mewujudkan skim sewa beli kepada golongan sasar yang gagal mendapatkan pinjaman daripada institusi perbankan.

Sebagai contoh, Yayasan Wilayah Persekutuan membantu memberikan pinjaman kepada penduduk yang berhasrat membeli rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang diduduki tetapi mempunyai masalah kewangan.

Mengambil kira faktor keperluan rumah mampu milik hari ini, mungkin kerajaan boleh memikirkan satu projek perumahan yang dinamakan Bandar Belia sebagai perintis bagi memacu demografi Malaysia.

Kerjasama antara pemaju swasta adalah satu langkah terbaik dalam penawaran rumah mampu milik dengan tawaran nilai di bawah RM150,000 yang dirasakan berbaloi dan lebih prihatin akan masalah yang membelenggu golongan sasar hari ini.

Dalam masa sama, kerajaan diminta memantau aktiviti Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) yang kerap kali dilihat berpaksikan kepada keuntungan dengan memanipulasi harga tanah dan perumahan tanpa menghirau dan mengambil kira kemampuan sebenar pembeli.

Kerajaan sewajarnya melaksanakan dasar yang berpihak kepada kepentingan rakyat dan sudah tiba masanya mengenakan cukai tinggi kepada mereka yang mengambil keuntungan daripada hasil penjualan rumah.

Post a Comment

1 Comments

  1. Aku setuju sangat... pembangunan sekarang amat membimbangkan sebagai org melayu....

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..