Full Width CSS

Dakwaan Pindah Kubur Nabi Adalah Satu Fitnah Terbesar & Biadap



'Kerajaan Arab Saudi Mahu Memindahkan Kubur Nabi'.
'Arab Saudi mahu musnahkan kubur Nabi'

Ini antara tajuk-tajuk yang selalu bermain di media massa terutama sekali media masa maya. Ketika menerima berita semacam ini, penulis mula tertanya-tanya. Apakah benar perkara ini akan berlaku?

Jika ya, dari mana sumber maklumat yang mereka perolehi?

Siapa penulisnya?

Persoalan ini menyebabkan penulis membuat sedikit penyelidikan. Dan hasilnya mendapati, tulisan-tulisan seperti ini kebanyakkannya ditulis oleh Dr. Irfan Al-Alawi yang mendakwa dirinya sebagai seorang Pengarah di Islamic Heritage Research Foundation (Yayasan Penyelidikan Warisan Islam).

Setiap tahun, Dr. Irfan Al-Alawi menulis perkara yang sama, dan disiarkan dalam laman web yang sama. Semacam ada agenda tertentu yang cuba mereka lakukan. Berikut merupakan senarai 'cerita-cerita' palsu yang dikarang oleh Dr. Irfan Al-Alawi.

2011- http://t.co/c9fjNaSQKV
2012- http://t.co/hcaWIbzZE8
2013- http://t.co/Joad5uuCws
2014- http://t.co/Kywt5DHL20

Melihat kepada aqidah dan ideologi Dr. Irfan Al-Alawi, penulis dapati beliau mempunyai kaitan yang rapat dengan dunia sufi, salah satu cabang yang tidak pernah diajarkan oleh Nabi Muhammad ï·º atau dilakukan oleh para sahabat.

Malah dalam satu keterangan yang ditemui, penulis mendapati Dr. Irfan Al-Alawi ini bertugas sebagai seorang pengarah antarabangsa di Pusat Pluralisme Islam selain menjadi tenaga pengajar Universiti di London dan California selain menjadi felo penyelidik di Universiti Leiden, Belanda.

Jadi persoalan yang timbul disini, bolehkah pengarah pusat pluralisme agama ini dipercayai dan diangkat ceritanya sebagai satu 'fakta'?

Dan kami cuba mencari fakta menerusi laman-laman web dari Arab Saudi mendapati tidak ada sebarang cadangan sepertimana yang didakwa oleh Dr. Irfan Al-Alawi. Fikir-fikirkanlah semula. Jangan disebabkan salah maklumat maka kita menabur fitnah.

Baca artikel kami sebelum ini yang berjudul Makkah Bukan Muzium Disini http://www.penaminang.com/2014/04/makkah-bukan-muzium.html#axzz3CCpcEGUp .

Rujukan :

http://www.islamicpluralism.eu/WP/?tag=dr-irfan-al-alawi
https://www.youtube.com/watch?v=C4-KLmpMTM4
http://en.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Alawi_al-Maliki

Penulis : Jebat

Post a Comment

1 Comments

  1. wei tuan bloq
    hang pun nakjadi wahabi ka?
    tolong kenai dlu sapa dia Menteri2 dlm Krjn Saudi tu
    ini bukan fitnah tp memang depa duk buat dah.
    cuma tinggai Makam Rasulullah SAW ja yang mereka tgh tunggu masa.

    baca ini :

    dipetik dari : http://gegarsyeh.blogspot.com/.../makkah-pembangunan-vs... AMAT MALANG LAGI APABILA JIKA ADA ILMUAN ISLAM DALAM MALAYSIA YANG TURUT MENGIAKAN KERJA MENGHAPUSKAN TINGGALAN2 SEJARAH SILAM NABI dan PARA SAHABAT INI.. Tanda-tanda rahsia yang disembunyikan

    Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri. Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?

    Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-temapt suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam. Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup samasekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya?

    Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi penghayatan umat Islam yang kemudian. Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.

    Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi (http://saudi-archaeology.com)

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..