Full Width CSS

Dakwaan Serius Terhadap Tian Chua Menuduh Tragedi Lahad Datu Sebagai Konspirasi UMNO


Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Syed Amirrudin Syed Jaffar berkata, kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah boleh menyebabkan orang ramai marah dan mencetuskan kacau-bilau.

Beliau berkata, ini kerana insiden itu benar-benar berlaku namun Tian Chua dalam kenyataannya seperti dilaporkan portal berita Keadilan Daily.com, antara lain menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan.Susulan itu, Syed Amirruddin yang juga saksi pendakwaan pertama berkata, beliau membuat laporan polis terhadap Tian Chua selepas mengadakan pertemuan dengan ahli parti yang lain serta beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Ahli Parlimen Batu berkenaan.

Beliau berkata demikian pada perbicaraan kes Tian Chua, 50, yang berdepan pertuduhan menghasut dengan membuat kenyataan kononnya pencerobohan di Lahad Datu adalah konspirasi terancang UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu, Melalui Jalan Yew di sini pada kira-kira pukul 11 pagi, 1 Mac lalu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan (ASP) Airy Zaidi Nordin memaklumkan Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa berdasarkan rakaman percakapan wartawan yang menghasilkan artikel berkenaan iaitu Siti Nooraishah Geoffery, jelas menunjukkan kata-kata menghasut seperti 'konspirasi UMNO' telah dikeluarkan oleh Tian Chua.

Ketika disoal peguam Latheefa Koya, Airy Zaidi berkata, Nooraishah turut memberitahu beliau bahawa ayat yang diucap oleh Tian Chua diolah sedikit oleh pengarang, Fazallah Pit dan subeditor, Norasikin Samsi.

Kepada soalan lain, Airy Zaidi berkata, beliau juga merakam percakapan Fazallah, Norasikin serta Tian Chua dan pada peringkat awal, kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan fitnah.

Bagaimanapun, kes itu diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 selepas mendapat arahan lanjut daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Norsharidah Awang bersambung esok dan mahkamah dijangka mendengar keterangan Siti Nooraishah.

Post a Comment

3 Comments

  1. Tian Chua haramjadah ni belaan Anwar pemimpin balas pungkok dapat gaji bulan dan bertugas sebagai PENGHASUT.

    ReplyDelete
  2. Kita x nak lihat dan dengar,tiba2 kes ditutup hanya dgn permohonan maaf sahaja.Itu tidak adil...

    ReplyDelete
  3. AKU TENGOK MUKA DIA AKU NAK MUNTAH. macam nak hiris hiris campur air taik, campak dalam jamban.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..