Full Width CSS

Kapten Bas #RapidKL Pun Training Macam Bawa Kapal Terbang, Siap Ada Simulator Lagi @MyRapidKL @NajibRazak


Simulator dynamic bergerak seperti berada di tempat Pemandu bas yang sebenar
Memula sekali dalam kepala saya memikirkan hanya kerjaya sebagai Pilot kapal terbang jer yang perlu jalani training simulator sebelum 'beraksi' di udara. Sebelum ini saya pernah melihat dan merasai sendiri pengalaman berada di dalam simulator pesawat penumpang MAS di Subang dan pesawat tempur milik TUDM di Kuantan.

Namun sangkaan berbelas tahun saya itu meleset sama sekali apabila berkunjung di Kompleks RapidBus Cheras Selatan. Di sini saya dapat melihat sendiri apa yang ada di satu² nya Pusat Latihan Akademi Bas Rapid Bus Sdn Bhd di Malaysia yang menyediakan program untuk pemandu dan staf kejuruteraan meningkatkan prestasi kerja dalam industri pengangkutan awam.

Simulator statik untuk Pemandu fokus kepada skill pemanduan
Mungkin ramai di kalangan kita termasuk dengan para Pembaca sekalian baru pertama kali mengetahui bahawa Prasarana mempunyai pusat latihan untuk Pemandu bas RapidKL ini. Di sini terdapat 3 buah simulator statik dan 2 buah mesin simulator dynamic.

Akademi Bas ini diwujudkan bertujuan untuk melatih para Pemandu bas memantapkan lagi skil pemanduan mereka. Tambah menarik lagi ialah laluan yang terdapat di dalam mesin simulator ini sama seperti laluan sebenar dan terdapat level-level tertentu untuk menguji keupayaan Pemandu bas.

Dato' Ir. Zohari memberi taklimat kepada Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Haji Ismail.
Tambahan pula, pemerhatian dan maklumat yang saya perolehi mendapati setiap mesin simulator ini boleh ditukar mengikut model-model bas yang digunakan oleh Rapid Bus. Menariknya lagi, simulasi pemanduan boleh ditukar mengikut pelbagai jenis cuaca dan halangan sebenar yang ditempuhi oleh bas-bas RapidKl

Fasiliti mesin simulator diiktiraf oleh Malaysian Book of Records sebagai yang pertama di Malaysia
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bas, Dato' Ir. Zohari Sulaiman, Jabatan Pembangunan Negara (JPK) juga turut mentauliahkan Pusat Latihan Akademi Bas Rapid sebagai Pusat Latihan Berakreditasi - Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

"Untuk para Kapten (Pemandu bas) yang sedia ada, pengalaman kerja mereka boleh dierjemahkan kepada tahap-tahap pensijilan yang ditetapkan oleh SLDN yang sekaligus meningkatkan tahap pendapatan mereka dan maruah diri atau 'self-esteem' mereka.

Petugas yang akan memantau prestasi pemanduan Pemandu bas di mesin simulator.

"Sementara untuk rekrut-rekrut baru, mereka akan menjalani program latihan yang bersistematik berdasarkan kepada modul-modul latihan yang diluluskan oleh SLDN, sekaligus memberikan mereka persijilan yang diiktiraf dalam industri".

Secara peribadi, saya merasakan pusat latihan ini antara yang terbaik pernah ada di Malaysia bagi menjamin kualiti Pemandu bas yang terbaik atau dalam bahasa sukar difahami ialah Prasarana bersungguh² & serius memberikan perkhidmatan bas kepada orang awam.

Nampak mudah tetapi bila dah cuba baru tahu stress pandu bas ni tapi bila dah ada pengalaman, ianya akan menjadi lebih mudah.
Saya sempat merasai pengalaman memandu bas menggunakan simulator ini. Nampak mudah dan terasa seperti membawa kereta lumba dalam pusat mainan / arcade tetapi realitinya amat sukar walaupun secara simulasi. Baru saya memahami kerjaya memandu bas ini lebih sukar berbanding membawa kapal terbang sebenarnya hehe.

Apa² pun TERBAIK RapidKL !
#Respect !

Post a Comment

0 Comments