Full Width CSS

Kementerian Memandang Serius Tindakan Pemaju Yang Menanaktirikan Pembeli Rumah Melayu / Bumiputera @mpkotabelud #1Malaysia


Semalam telah diviralkan satu isu berkenaan perumahan yang disebarkan di dalam WhatsApp dan media sosial.

Hal ini telah menyebabkan ianya menjadi perhatian serius kerana pendedahan seorang pemaju yang menyedari pembeli rumah Melayu / Bumiputera sering menjadi mangsa.
Jom baca surat terbuka kepada Menteri Hal Ehwal Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan.

Surat saya kpd Kementerian Perumah Dan Kerajaan Tempatan.

Kapada,
YB Dato .....
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Precinct 5, Putrajaya,
68600 Wilayah Persekutuan


YB Dato',

Per: TIPU DAYA HALUS PEMAJU TERHADAP PEMBELI BUMIPUTRA DENGAN MEMANIPULASIKAN DISKAUN.

1. Saya Hassan Md. Ali, pernah bertugas di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari 1979-1985 dan juga sebagai pemaju perumahan dari 1985-1995.

2. Baru baru ini saya keProperty Fair di Subang Parade, Subang, Selangor.

Tertarik dgn sebuah tawaran dari syarikat pembangunan perumahan yang sedang memajukan Tanjung Puteri, Johor.

Diskaun yg ditawarkan adalah spt berikut;
Utk bumiputra: 15% Bukan Bumi: 6%.

Keluasan unit: 700ksp.
Harga unit: RM1.0 juta.
Pinjaman akan diusaha sehingga 90%.

Bagi pembeli bumiputra, hanya perlukan sediakan 10% shj sebagai downpayment. Bermakna pembeli bumiputra perlu membayar RM85,000.

Bagi bukan bumiputra downpayment 4% (6% discount is taken as part payment of 10% d/pymt).
Bermakna hanya RM40,000.

3. Sebagai seorang pemaju perumahan, saya menyiasat lebih lanjut lagi.

Selain dari membayar downpayment sebanyak RM 85,000, pembeli bumiputra dikhendaki membayar segala kos spt (legal fee, stamp fee, loan fee) yg jumlahnya lebih kurang RM42,000.

Sedangkan pembeli bukan bumiputra hanya perlu meyedikan RM40,000 dan lain2 kos akan ditanggung olih Pemaju.

4. Tidak meyedari saya membuat pengiraan dan membuat perbandingan 'entry cost' antara bumiputra dan bukan bumiptra,
ternyata pembeli bumiputra terpaksa meyediakan sejumlah RM127,000 sedangkan pembeli bukan bumiputra hanya memerlukan RM40,000 untuk membelinya.

Seolah2 kaum bumiputra yg memberi subsidi kapada pembeli bukan bumiputra sebanyak RM45,000.
Bermakna walaupun harga bagi bumiputra dikurangkan sebanyak $150,000 dari harga asal, tetapi perbedzaan harga sebenar diantara bumi dan bukan bumi hanya RM37,000 atau 4% sahaja.

5. Bagi pembeli bumiputra utk membayar downpayment sebanyak RM127,000 bagi unit seluas 700ksp adalah terlalu mahal dan sudah tentu unit2 yg diperuntukan utk bumiputra susah dijual kelak kerana unit tersebut hanya bolih dijual kpd pembeli bumiputra sahaja.

Olih kerana 'entry kosnya' hampir 3 kali lebih besar dari kaum bukan bumiputra maka sudah tentulah unit2 bumiputra tidak laku dijual dan pemaju mempunyai alasan yg kukuh untuk memohon perlepasan dari Kementerian YB. Dato' supaya unit tersebut dibebaskan dari peruntukan bumiputra.

6. Sekali pandang seolah mereka bersama2 kerajaan yg ingin menolong kaum bumiputra memiliki harta di negara ini, tetapi apabila diperincikan kira2nya, pembelian unit bumiputra yg adalah lebih mahal dari yg sepatutnya dan penglibatan pemaju untuk membantu kaum bumiputra utk memiliki harta saperti yang disarankan olih kerajaan adalah satu gimmik dan dijadikan perolok2kan olih pemaju.

7. Saya sempat membentangkan kira2 diatas kpd wakil pemaju hartanah tetsebut dan dgn sinis dia menjawab "Every chinese developer are doing this just to make sure every Melayu and Bumiputera won't have any chance of acquiring new property so your child will stick to the old house or staying back to kampung"
Sekian.

Semenjak kita berWhatsApp, sudah berapa kali saya ungkapkan  perkara2 spt ini.
NEGARA KITA TELAH TERJUAL.

Ternyata org cina dah sampai peringkat tak memerlukan keujudan org melayu dinegara Melayu kerana sumbangan org melayu terhadap ekonomi negara ini terlalu kecil.

Bank saperti;
Public Bank, 
Hong Leong Bank, Stanchart, 
Citibank, HSBC bolih hidup tanpa pelanggan melayu.

Pemimpin melayu banyak buat duit dgn memberi pelepasan unit2 bumiputra kpd unit bebas.  

Please share and kongsi this msg to our Malay friends.
____________

Berikut maklum balas yang diberikan YB Menteri terbabit yang berjanji akan mengambil perhatian serius terhadap isu yang diviralkan ini.

Saya menerima banyak pesanan mengenai tuduhan pembeli rumah bumiputera yang "dianaktirikan" oleh pemaju perumahan bukan bumiputera.

Aduan itu telah menjadi "viral" dalam media sosial sejak beberapa hari ini.

Saya telah arahkan Ketua Setiausaha Kementerian saya untuk menyiasat perkara ini dengan segera.

Saya juga meminta supaya pengadu tersebut untuk tampil ke depan bagi membolehkan kementerian saya mendapatkan maklumat lanjut agar siasatan dapat dijalankan dengan lebih terperinci.

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemaju-pemaju perumahan yang didapati melanggar peraturan sedia ada.

Saya juga telah mengarahkan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya jika ada ahli-ahli mereka yang terlibat dalam perkara ini.

Kementerian saya memandang serius perkara ini dan akan mengeluarkan kenyataan setelah siasatan selesai.


Terima kasih.


Datuk Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

26 September 2014

Kita berharap agar Kementerian menyedari akan hal ini dan melakukan sesuatu untuk mempastikan orang Melayu / Bumiputera tidak dimangsakan oleh Pemaju & Bank yang berniat tidak baik.

Post a Comment

7 Comments

  1. Kementerian baru nak pandang serious? Benda nie dah lama dah.....

    ReplyDelete
  2. Pandang je berat...benda dah lama berlaku pun...

    ReplyDelete
  3. Apa guna memandang serious tanpa tindakan ?

    ReplyDelete
  4. Kalau penulis mesej itu tak tampil beri penjelasan pun penyiasatan masih boleh dilakukan.

    ReplyDelete
  5. Menteri pastikan tiada pemaju yg terlepas kalau membuat sebegitu. pastikan nasib org Melayu di Tanah Melayu ini terbela, anda adalah antara menteri yang saya hormati.

    ReplyDelete
  6. Jangan nanti dituduh rasis....orang PR tak kisah pasal Melayu ke apa, semua nya untuk rakyat....bukan melayu, bukan cina, bukan india dan sebagainya...

    ReplyDelete
  7. Minta izin WM untuk iklan

    Ada sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??

    Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..urusan segera dengan pemilik tanah

    Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar (boleh runding) walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..pemaju tanah bersebelahan siap ajak JV dan nak bagi 20 unit rumah harga RM600.000, tapi tuan tanah nak pakai duit !

    Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hantar segera sms ke 013 2704567(anda akan dihubungi segera)..ayuh tolong saya selamatkan tanah orang Melayu !!!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..