Full Width CSS

Kumpulan Pertama Malbatt Battalion 850-2 Ke Lebanon



Perlepasan kumpulan pertama Malaysia Battalion 850-2 (Malbatt 850-2) hari ini bagi mengantikan Malbatt 850-1 tanda pengiktiran berterusan masyarakat antarabangsa ke atas peranan yang dimainkan oleh Malaysia di Lebanon.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penglibatan berterusan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di negara bergolak itu adalah pengiktirafan terhadap kredibiliti, kewibawaan dan profesionalisme ATM dalam Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL).

Hishammuddin menegaskan perkara itu dalam ucapan pada Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Malbatt 850-2 di Pangkalan Udara TUDM di sini.

"Upacara pemakaian beret PBB dan penyerahan bendera hari ini adalah acara simbolik yang membawa makna bahawa setiap anggota Malbatt 850-2 telah bersedia untuk memikul amanah yang dipertanggungjawabkan di bawah PBB.

"Sesungguhnya penglibatan ATM dalam misi di bawah PBB di Lebanon adalah pengiktirafan berterusan masyarakat antarabangsa terhadap kredibiliti, kewibawaan dan profesionalisme ATM dalam misi UNIFIL," kata Hishammuddin.


Malbatt 850-2 telah menjalani khusus selama 3 bulan dan digerakkan ke Lebanon bagi mengantikan Malbatt 850-1 yang akan menamatkan misi UNIFIL pada 26 September ini setelah berkhidmat 12 bulan.

Malbatt 850-2 diketuai Kolonel Khaswadi Lahuri berjumlah 850 anggota terdiri dari 76 pegawai dan 774 anggota pangkat-pengkat lain termasuk 3 pegawai dan 24 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang pegawai awam kewangan daripada Kementerian Pertahanan.

Malbatt 850-2 ini diatur gerak ke Lebanon secara empat peringkat penghantaran.

Pergerakan Kumpulan Pertama Malbatt 850-2 melibatkan kekuatan 213 orang terdiri dari 36 pegawai dan 177 anggota pangkat-pangkat lain termasuk seorang pegawai dan 5 anggota ABDB.

Kumpulan kedua akan digerakkan pada 11 September, kumpulan ketiga pada 18 September dan kumpulan keempat pada 25 September.


Anggota Malbatt akan ditempatkan di tiga kem iaitu di Kem Ma'rakah, Kem Tibnin dan Kem Shamrock.

Post a Comment

2 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..