Full Width CSS

Lebuhraya Cheneh Ke Kemaman Bakal Dibuka Sebelum Aidiladha


Sebahagian lagi Lebuhraya Pantai Timur (lLPT) Fasa II yang menghubungkan Cheneh ke Kijal, Kemaman sejauh 56 kilometer (km) dijangka dibuka kepada pengguna jalan raya, sebelum Aidiladha. Sebelum ini, LPT sama yang menghubungkan Jabor, Hulu Terengganu ke Cheneh, Kemaman telah dibuka pada 21 Julai lalu iaitu seminggu sebelum menjelang Aidilfitri.

Berdasarkan pemantauan pada Syawal lalu , laluan sepanjang 26 km itu menjadi laluan alternatif kepada orang ramai mengelak kesesakan yang sebelum ini menggunakan laluan pantai, Kemaman-Dungun dan Jerangau Jabor.

Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Ir Rosli Othman, berkata, apabila laluan Cheneh ke Kijal dapat beroperasi sebelum Aidiladha ini, dapat memendekkan lagi jarak perjalanan dan masa pengguna.

“Apabila LPT Fasa II dibuka sepenuhnya pengguna dari Kuala Lumpur boleh datang ke Terengganu dalam masa tiga hingga empat jam saja, “katanya.


Untuk rekod, LPT 2 sepanjang 184 kilometer yang bermula dari Jabor, Kemaman ke Kampung Gemuruh, di utara Kuala Terengganu itu adalah kesinambungan projek LPT Fasa 1 iaitu dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer yang dimulakan pada Mac 2006.

Projek itu terbahagi kepada 16 pakej iaitu 15 pakej dilaksanakan Jabatan Kerja Raya yang ditawarkan secara tender terbuka konvensional dan satu pakej lagi secara rundingan terus dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Post a Comment

4 Comments

  1. Adam Adli Dipenjara - Bukti UMNO BENCI anak muda!!

    Tak perlu berdolak-dalik...

    Politik tetap politik. Kuasa bukan segala2nya.... Tetapi kenapa pemimpin UMNO perlu takut dengan bayang2???

    Adakah bila generasi tua UMNO mati, akan diganti dengan generasi datuk nenek UMNO???




    Kekejaman pemimpin UMNO yang dilakukan kepada anak muda bukti jelas mereka membenci dan menghina anak muda dan takut dengan bayang2 sendiri!!!



    Yang pasti, apabila pemimpin UMNO membuat sebarang hasutan dan kesalahan, mereka akan terlepas dan kalau didenda pun tidaklah setimpal...


    Sumber berita

    >>>> Klik Di Sini

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..