Full Width CSS

Pejabat Anwar Gaji RM1, Ditutup Serta Merta


Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor hari ini bersetuju menutup Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri di Plaza Perangsang di sini serta-merta bagi menjimatkan kos pentadbiran.

Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) Faekah Husin, dalam satu kenyataan, menyebut penutupan itu berikutan hal ehwal ekonomi dilihat mampu diuruskan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC).
Beliau berkata SSIC kini beroperasi sebagai sebuah pusat sehenti selain memiliki pegawai terlatih serta berpengalaman luas terutama dalam bidang berkaitan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi.

Katanya, penubuhan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pada 2009 yang diletak di bawah pengurusan MBI bertujuan memanfaatkan pengalaman serta kepakaran Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pernah menjawat kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

"Sehubungan itu, kita berpendapat adalah wajar Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Negeri Selangor

Post a Comment

1 Comments

  1. Hahahahaa....lakonan baru bermula....lepas ni Anwar lebih hebat utk buat apa saja di selangor

    Nama Azmin utk calon MB Anwar juga yg usulkan kpd Hadi masa mreka jumpa di Trengganu....dlm dunia ni cuma jijah dan Azmin yg Anwar percaya....so keputusannya Anwar masih pemenang besar

    Ramai berpendapat ada pergeseran dalaman yg berlaku dlm PKR...ramai yg percaya...sebenarnya ini semua adalah lakonan supaya semua leka ( terutama UMNO/BN )...terus terhibur dan bertepuk tangan kerana kononnya parti PKR cuma retak menanti belah

    Buktinya...lihat pencapaian PKR dlm PRU13....mereka berjaya membolot tempat2 strategik dan meraih kemenangan besar dgn muslihat yg begitu ketara tapi tidak dapat dibaca oleh BN kerana terleka dgn lakonan pemimpin PKR

    Contoh hebat....nurul Izzah di Pantai Dalam.....ramai kata PRU13 Izzah akan tumbang....blog2 politik pro kerajaan dan pembangkang sekalipun kata Izzah sedang bermasalah besar....Izzah senyap dan jarang turun ke PD

    Tup2...keputusan PRU13...Izzah menang besar....dlm diam2 mereka daftar pengundi baru....dlm diam2 mereka pindah pengundi luar ( dari kwsan2 yg dijangka tidak boleh menang atau boleh menang mudah ) ke Pantai Dalam.....BN tertonggeng di hujung jalan....di Selangor...kwasan2 strategik dimenangi oleh PR dgn bergaya.

    Selepas ni Anwar and the team akan create lagi masalah baru...yg dah nampak sejak PRU12 lagi mereka susun strategi nak masuk habis ke Sabah Serawak...ini punca kemenangan besar BN...petanda2 dah banyak....kesilapan BN pun banyak..Serawak sedang bergolak...contoh mudah kesilapan BN...Mahmud Taib dah 3 dekad pegang KM Serawak....turun jawatan jadi YDP Serawak pulak...ingat rakyat Serawak tu kayu ke !!!

    Khalil Yakob pun sama...BN bagi kaw2 utk bela Khalil...dari MB sampai ke YDP Melaka....mana org tak meluat kat BN !!!!....pemimpin BN kdg2 tak tau erti malu...tak cukup2 nak jawatan dan kedudukan....lepas jadi ADUN nak Parlimen...lepas jadi Menteri nak jadi MB...lpas MB nak YDP...paling kokak pun nak jwtan jadi duta pun ok....jadi penasihat badan berkanun pun ok.....paling tidaak pun jadi penaung mana2 badan yg berkaitan kerajaan !!!







    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..