Full Width CSS

Pembangkang Perlu Dedahkan Vestting Deed Instrument 1975 Sebelum Tabur Fitnah Isu Royalti Minyak #PengkalanKubor #KlateMove


Isu royalti petroleum di Kelantan telah menjadi isu paling hangat di dalam kempen PAS di N01 Pengkalan Kubur yang mana banyak fitnah terhadap kerajaan pusat dilemparkan secara terang terangan.

Isu ini dimainkan secara agresif oleh pihak pembangkang tanpa mengira fakta yang sebenarnya sebagaimana sepatutnya di khabarkan kepada rakyat. Ini lah yang dilakukan sejak dahulu lagi oleh pembangkang iaitu memanipulasikan isu.
Bagi rakyat marhaen yang hanya bermaklumatkan ceramah, pada mereka apa yang dikatakan adalah kebenaran semuanya tanpa ada niat untuk menyelidik secara terperinci.

Pada 9 Mei 1975, Menteri Besar Kelantan ketika itu ialah Datuk Mohamad Nasir dan Pengerusi Petronas, Tengku Razaligh Hamzah telah menandatangani satu perjanjian atau Surat cara Peletakhakkan atau dikenali sebagai “Vestting Deed/ Instrument” yang dibuat menurut peruntukan subseksyen 2(2) Akta Kemajuan Petrolium 1974 (Akta 144)

Menerusi surat ini kerajaan negeri telah meletakhakkan. Kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang tidak boleh dibatalkan (Irrevocable) kepada Petronas berhubung dengan kegiatan explorasi atau pencarian, Exploitasi, mendapatkan dan memperolehi sama ada dipantai (onshore) atau di luar pantai (Offshore) Malaysia.

Sebagai balasan kepada persetujuan menandatangani peletakhakkan, Kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang tidak boleh dibatalkan (Irrevocable) kepada Petronas itu, pada tarikh yang sama kedua belah pihak telah menandatangani satu perjanjian (Perjanjian 1975) mengenai pembayaran sebagaimana yang telah disyaratkan di bawah seksyen 4 Akta 144.

Seksyen 4 Akta 144 telah menyebut bahawa Petronas hendaklah membayar secara tahunan kepada kerajaan Kelantan dalam bentuk tunai yang setara dengan 5% nilai Petroleum yang di perolehi dan didapati di Negeri Kelantan.

Pembangkang seharusnya tidak menimbulkan isu ini semula, ini adalah kerana melalui perjanjian dan Akta 144 telah dipersetujui bersama.

Walaupun hasil petroleum didapati di luar pantai Kelantan, Kerajaan Kelantan berpendapat (bukan di dalam perjanjian 1975) bahawa kerajaan negeri layak untuk menerima pembayaran 5% sebagaimana yang diperuntukkan di dalam perjanjian yang dimeterai.

Tuntutan ini telah dikelirukan dan membelakangkan perjanjian yang telah dibuat pada tahun 1975. Seharusnya Kerajaan Kelantan terlebih dahulu memahami Kuasa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat atau Persekutuan berhubung sempadan Negeri dan negara dalam kontek negara persekutuan seperti Malaysia dan hak hak mencari gali petroleum menerusi undang undang tempatan dan antarabangsa.

Adalah amat menyedihkan sekali bila mana isu ini dimanipulasikan oleh pemimpin PAS yang hanya tahu melakarkan isu sahaja tanpa mahu menerima apa yang telah termeterai di atas kertas perjanjian.

Seharusnnya pengundi Pengkalan Kubur peka dengan apa yang berlaku dan tidak menerima bulat bulat apa yang dicanangkan oleh pemfitnah yang lahirnya dari sebuah parti yang bernama PAS.

Post a Comment

2 Comments

  1. Satu ketika dulu KULI pun pernah memutarbelitkan fakta walaupun beliau tahu fakta sebenarnya...

    ReplyDelete
  2. assalam. penat aku dengar masalah ajaran PAS ni. Nak doa KO x leh..Ya Allah Mu bui hidayah ke dia.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..