Full Width CSS

Perwakilan PAS Puji UMNO Tetap Maju Ke Hadapan Walaupun Pelbagai Krisis Melanda


Tindakan ahli dan pimpinan Pas yang memperlekeh keputusan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai memalukan sedangkan parti itu menyarung jersi perjuangan Islam.

Perwakilan Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin berkata, Pas sering melabel Umno tidak berlandaskan syariat Islam namun, ahli-ahli parti itu begitu menghormati presiden mereka.

"...Kami melihat bagaimana ketika ALLAH menguji musuh politik kami, Umno Terengganu dengan krisis Menteri Besar selepas PRU yang lalu. Kami melihat ia berakhir dengan bertukarnya menteri besar mereka yang lalu.

"Kami melihat Ya ALLAH bagaimana hanya Presiden mereka yang bercakap, mengarah, dan membuat keputusan. Timbalan Presidennya tidak membantah. Apatah lagi tergamak mengeluarkan kenyataan, konon-kononya itu hanya kenyataan peribadinya (Presiden) saja," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden dalam bentuk doa, hari ini.

Beliau turut menyentuh soal sikap pimpinan tertinggi Umno yang tidak kemaruk mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Presiden parti.

"Begitu juga kami dapati seluruh naib-naib presiden dan ahli Majlis Tertinggi mereka, tidak kemaruk untuk mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan presiden mereka.

"Wahai ALLAH apakah mereka ini memahami makna ketaatan, wala' dan patuh kepada pemimpin mereka melebihi kami yang berjuang atas nama Islam?

Melahirkan kekesalan dalam doanya itu, Azhari menyebut bahawa beliau malu apabila parti musuh itu lebih berakhlak dengan ketua berbanding Pas.

"Kami malu kepada musuh. Kami selalu mengatakan mereka ini sekular. Mereka bukan merujuk kepada ilmu Islam.

"Tapi kenapa mereka lebih berakhlak dengan Presiden mereka berbanding kami yang menyarung jersi Islam sebagai wadah perjuangan?

"Ya ALLAH, kami malu dengan musuh-musuh kami atas apa yang berlaku. Berjuang atas nama Islam, mendukung dasar Islam, menjiwai denyut jantung Islam tapi dalam akhlak berjemaah pun kami dangkal berbanding musuh," katanya.

Post a Comment

2 Comments

  1. Pengikut PAS lebih mentaati dan takut PERINTAH si DAJAL ANUAR....cara pemerintahan ISLAM dan aturan SI ULAMA hanya di buang ke dalam TONG SAMPAH....

    aku percaya jika pada masa ini TGHHA vs MAT SABU.....MAT SABU pasti akan menang...TG HARON DIN pun akan di bungkus dan di tendang keluar selagi PENGIKUT PAS BERKIBLATKAN SI DAJAL ANWAR....percayala....selagi ANWAR IBRAHIM hidup Bukan aje parti...negara pun kacau bilau...perangai SI DAJAL...

    ReplyDelete
  2. Sebab Pas kuat mencela orang dan tidak hormat pemimpin. Akhir sekali presiden swndiri tidak dihormati. Sepeeti kita suka amak kita tidak hormar orang lain. Akhir sekalu anak tidak hormat kita.emang ahli pas yg level paria diajar hormat pemimpi n. Tapi level brahmin pas diajar supayA bebas laku

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..