Full Width CSS

#PPS : Zahid Hamidi & PDRM Harus Fokus Pada Isu Utama Jangan Bersifat Populis @Zahid_Hamidi @PDRMsia @rizalmanmokhtar


Saya terpanggil untuk menulis apabila membaca kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang memantau dan mungkin akan mengambil tindakan yang sama terhadap Unit Amal PAS sekiranya mereka didapati melanggar peraturan.

Suka saya tegaskan di sini agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempusatkan dahulu perkara pokok iaitu isu PPS dan banyak lagi Pertubuhan tidak berdaftar dalam usaha menegakkan undang-undang tanpa mengira batasan.
Melibatkan dan mengaitkan Unit Amal PAS dalam isu ini, saya berpendapat ianya satu kenyataan yang bersifat populis di mata ahli UMNO dan dalam masa yang sama dilihat beremosi politik.

Saya memang tidak pernah menyokong Unit Amal PAS kerana berlainan fahaman politik tetapi mengaitkan mereka dalam isu PPS ini amatlah tidak wajar. Mengambil tindakan terhadap anggota Unit Amal PAS sekiranya mereka melakukan kesalahan secara individu sangat digalakkan tetapi bukan menghukum Unit Amal PAS secara keseluruhan.

Jabatan Unit Amal PAS pada anggapan saya samalah seperti Bridged Kesatria Muda atau Putra UMNO yang diwujudkan atas peranan tersendiri bagi membawa imej Parti untuk mendekati rakyat.

Baca lagi di sini.

Post a Comment

0 Comments