Thursday, September 11, 2014

Selamat Bersara Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan menerima menghadap perpisahan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud di Istana Negara.Rodzali, 59, yang mula berkhidmat dengan TUDM pada 1973 akan bercuti mulai Sabtu ini sebelum bersara 12 Mac tahun depan.

Anak kelahiran Besut, Terengganu itu memegang jawatan sebagai Panglima TUDM pada 1 September 2009 dan pernah menerima anugerah tertinggi angkatan tentera iaitu Panglima Gagah Angkatan Tentera.

Penyerahan tugasnya kepada panglima TUDM yang baharu akan diadakan pada satu majlis di Pangkalan TUDM Kuantan, Jumaat ini.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...